Tahniah! Sufie Rashid sah menjadi suami kepada Nurulain dengan sekali lafaz!

Setelah hampir setahun mengikat tali pertunangan, akhirnya Sufie Rashid dan pasangan, Nurulain selamat diijabkabulkan pada pagi semalam dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah telah dilakukan dalam serba sederhana dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat yang rapat sahaja atas permintaan keluarga.

Bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya menyaksikan kedua mempelai ini dinikahkan oleh bapa pengantin sendiri dan dikendalikan oleh juru nikah Ustaz Haji Hasli Othman.

Selain Itu, mereka turut memberi sembilan hantaran berbalas tujuh, serta menyerahkan wang hantaran sebanyak RM20 000 dan mas kahwin sebanyak SGD300.

Untuk rekod, Sufie Rashid dan Nurulain telah berkenalan sejak tahun 2016 dan mengikat tali pertunangan pada disember lalu.

 

Sumber: Instagram Sufie Rashid, Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*