‘Respect Sebab Tiada Adegan Pegang Langsung!’ – Netizen Puas Hati Tonton Ending Drama ‘Sabarlah Duhai Hati’

Drama adaptasi novel ‘Sabarlah Duhai Hati’ karya Mimie Afinie yang ditayangkan di slot Akasia TV3 sejak 28 April yang lalu akhirnya sudah sampai ke episod kemuncak semalam.

Dalam episod akhir, penonton dapat melihat kebahagiaan rumah tangga Nur Syafira (Amyra Rosli) dan suaminya Affan (Saharul Ridzwan) selepas menimang cahaya mata.

Pada masa yang sama, hubungan Nazim (Izzue Islam) dan isterinya Nadia (Iman Suhana) semakin baik.

Pelbagai ujian dan cabaran

Tapi kenapa susah sangat Opah nak terima Fira dengan abang Affan. Nanti anak ni lahir, dia perlu kasih sayang Opah. Opah tahu tak? Apa salah Fira sampai susah sangat Opah nak terima Fira?

Penonton mengetahui bahawa Opah (Fadilah Mansor) tidak menyukai Fira sebagai isteri Affan.

Pelbagai cara dan perbuatan kejam telah dilakukan oleh Opah untuk memusnahkan rumah tangga Fira.

Namun begitu, watak Opah mula berubah menjadi baik selepas dia mengalami strok. Opah sempat memohon maaf kepada Fira sebelum insiden Fira terjatuh daripada katil sehingga ‘tumpah darah’.

Opah juga sempat melihat anak Affan dan Fira sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di rumah.

Dalam episod semalam juga, Nazim sanggup berkorban apa sahaja demi mengikut kehendak Nadia.

Nazim rela tidak berjumpa dengan Fira bagi menjaga perasaan isterinya yang sedang pulih daripada masalah pengambilan dadah.

Di akhir episod tersebut, Nadia kelihatan semakin pulih dan hubungan mereka sebagai suami isteri juga semakin baik. Nadia turut kelihatan berbaik semula dengan Fira selepas pelbagai masalah telah dilakukan olehnya.

Terbaik tiada adegan pegang

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian kepada semua pelakon dan krew ‘Sabarlah Duhai Hati’.

Menurut netizen, sepanjang episod drama ini bersiaran, tiada langsung adegan berpegangan tangan ditunjukkan meskipun dalam watak suami isteri. Tambah netizen, pelbagai pengajaran boleh diambil menerusi drama ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*