“Telah berlaku ker0sakan”-Peguam ini terpanggil mengulas isu yg melibatkan Caprice dan Ebit Lew buat ramai mula sedar

Konflik Caprice-Ebit Lew memasuki episod baharu apabila pemilik nama sebenar, Ariz Ramli itu melakukan permohonan maaf secara terbuka melalui laman Instagram miliknya.

Barangkali mengambil keberkatan Hari Arafah dan AidilAdha, Caprice, 33, memohon kemaafan bukan hanya daripada Ebit Lew bahkan beberapa individu lain termasuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Dalam pada itu, peguam ini terpanggil untuk mengulas isu yang melibatkan Caprice dan Ebit Lew

“Ker0sakan telah berlaku”

“Semalam banyak status update berkenaan Caprice dan Ustaz Ebit Lew.

“Saya merasakan, alangkah baiknya perkara itu dibincangkan dan diselesaikan dahulu daripada pengetahuan umum.

“Ada sesetengah perkara itu, baiknya kita selesaikan sama-sama kita dahulu. Bincang dahulu.

“Jangan terus dibawa ke media sosial ini dan kita semua tahu bagaimana halnya jika di media sosial ini, menjadi ruang pendebatan, percanggahan, spekulasi, fitnah, pergaduhan sesama penyokong dan paling sedih-perpecahan.

“Apa sahaja yang dibawa ke media akan kekal dalam ingatan, fikiran dan kalau pun pihak-pihak sudah berbaik, sejarahnya masih juga tetap ada berbaki dengan tulisan oleh media atau blog serta komen-komen yang ditinggalkan. Tidak sama.

“Kita manusia biasa dan setiasa terpalit dengan sejarah dan cerita.

Kalau kita terbaca kisah, rumah tangga golongan artis yang bergolak di media sosial. Sepanjang proses pergaduhan itu, pelbagai perkara dimuatnaik oleh pasangan sendiri dan kemudian berbaik semula dan mereka minta kita semua diam dan jangan menilai. Katanya, jangan ganggu rumah tangga mereka tetapi yang menulis dan memulakan bukan pengguna media sosial.

“The damage is done. Telah berlaku kerosakan. Kami pengguna media sosial tidak tahu menahu melainkan berita itu dimuatnaik dan disensasikan.

“Gelanggangnya media sosial ini, tempat memberi pandangan, tempat bersangka baik, tempat berprasangka, tempat perli-memerli, tempat meluahkan rasa geram dan marah, tempat buli siber, tempat berjenaka.

“Jadi tidak sepatutnya dijadikan medan untuk membongkarkan hal rumah tangga atau isu-isu terlalu peribadi.

“Saya sokong gerakan seperti mencari keadilan bagi Adik Bella, bantuan kemasyarakatan, usaha-usaha murni untuk keadilan dan masyarakat tetapi jika hal terlalu peribadi, elok kita selesaikan dan jangan dibawa ke gelanggang media sosial ini.

“Sayang rasanya hal begini terjadi. Kedua-duanya juga ada menyumbang kepada masyarakat.

“Semoga hal ini berakhir secara baik dan saya membayangkan mereka berjumpa, berpelukan dan mengenepikan salah faham dan sengketa.

Oleh Nor Zabetha

Tambah peguam ini lagi, dia akan berasa kagum dengan mereka yang terus menerus melakukan kebaikan

“Kagum Dengaan Mereka Yang  Buat Kebaikan”

“Saya kagum jika ramai yang berani yang membuat kebaikan dan membantu. Saya kagum orang turun lorong dan masuk dalam tempat orang susah membantu.

“Saya kagum orang yang meluangkan masa dan berpenat lelah membantu. Menghulurkan derma itu ramai tetapi yang jenis ‘turun padang’ bukan semua.

“Kadangkala kita rasa simpati yang amat apabila melihat satu situasi dan kita kasihan tetapi entah kenapa kita jadi malu, segan dan entah bagaimana perasaannya waktu itu untuk bersembang dan menyapa. Barangkali juga kita takut perasaan ditolak atau perasaan kena ‘reject’ waktu menghulurkan bantuan.

“Kalau pernah ingat tentang Aunty Christine, warga tua yang merupakan Food Panda Rider. Berusaha dia bekerja sewaktu pandemik, walaupun usianya mencecah 60-an.
Gambar Aunty Christine ini dimuatnaik oleh pengguna FB Bernama Tiffany Chang. Mujur kerana keperihatinan Tiffany melihat Aunty Christine, berehat dan makan seorang diri, Tiffany berkongsi tentang Aunty Christine.

“Dari perkongsian Tiffany, kita belajar tentang realiti kehidupan, kita belajar dari Aunty tentang usaha. Tetapi waktu itu Tiffany tidak menyapa Aunty, barangkali seperti perasaan-perasaan yang saya nyatakan di atas.

“Kemudian Ustaz Ebit dan teamnya datang melawat Aunty, berkongsi tentang kisah Aunty, bersembang dengan Aunty dan baiki kereta Aunty. Saya percaya, satu perbuatan baik yang sentiasa kekal dalam ingatan Aunty Christine.

“Apabila Ustaz Ebit melawat, Aunty Christine, Tiffany kongsi tulisan diblog berkenaan ini dan tulisnya “Thanks and God Bless you for your kindness..this auntie worth to help..sorry I didnt ask if she need any help when I capture this moment because I really tak tau macam mana nak tanya..but I really respect that she still work hard for her own living..”

“Kadangkala saya sendiri faham seperti yang dikatakan Tiffany “tak tau nak tanya macam mana”. Beberapa kali juga saya menghadapi situasi “tak tau macam mana” dan tambah juga jika kena ‘reject’.

“Di kawasan rumah saya, ada satu 99 Speedmart yang saya selalu singgah jika ada keperluan yang hendak dibeli. Di 99 Speedmart itu, selalu berlegar-legar seorang wanita yang usianya barangkali 40-an.

“Pada amatan saya barangkali dia tidak mempunyai kewarasan minda. Duduk seorang diri, membawa beg-beg bersamanya. Kadangkala dia duduk di tepi Speedmart termenung, berjalan ke sana-sini.

“Tahun lepas, satu hari waktu saya membayar segala barangan, itulah kali pertama saya melihatnya. Dia pergi ke kaunter “Aku nak Coco Crunch!” katanya. Juruwang membungkus barangan-barangan saya. Diam tidak menjawab.

“Kemudian, wanita kata lagi “Aku nak Coco Crunch!”. Kemudian juruwang menjawab “Kejap Kuntum, ada customer. Nanti”. Entah kenapa diwaktu itu, saya terpaku dan tidak tahu bagi reaksi. Saya sibuk menguruskan barang-barang yang dibeli.

“Kepala pula mula berfikir, patut tidak saya belikan Coco Crunch ini untuknya. Dalam kepala ligat berfikir, juruwang maklumkan jumlah bayaran. Saya bayar dan beredar. Begitulah perasaannya seperti Tiffany, kita kasihan dan hendak bantu tetapi entah kenapa, tidak diteruskan.

“Kemudian saya pulang, saya masih teringat kepada Kuntum. Rasa bersalah menyebulungi. Dia kurang upaya, saya sihat dan ada kelebihan kenapalah tidak dibantu tadi?

“Mungkin juga saya terlalu banyak berfikir dan teringat kenangan lama pernah dikejar orang tidak waras waktu remaja dahulu. Kisahnya waktu itu, saya minum Coconut Shake, dia rampas dari tangan saya dan beredar sambil minum.

“Sewaktu air dihabiskan, dia lihat dalam cawan kertas ada sisa-sisa aiskrim berwarna putih atas ais. Dia rasakan itu air liur. Dia jerit “Woi!! Kau ludah ya dalam ni!”. Dia naik marah dan mula mengejar saya. Bertempiaran saya lari. Fuh! Bimbang dibelasah olehnya. Mujur sempat lari.

“Tetapi tidak adil, saya pukul rata situasi Kuntum dengan lelaki ini. Rasa bersalah. Haih! Jadi saya nekad, jika terjumpa Kuntum lain kali saya akan belikan Kuntum Coco Crunch.

“Satu hari lagi, sewaktu ke Speedmart yang sama, saya nampak Kuntum di luar sedang duduk merenung satu tempat. Aha! Saya belikan Kuntum Coco Crunch. Saya tanya baik-baik. “Haritu

“Kuntum nak makan Coco Crunch kan? Nah! Ini untuk Kuntum”.

“Eh! Takpelah Acik, kita tak nak”. Hahaha. Dia Acik kan aku! Redha lah saya menjadi ‘Acik’ demi memujuk hati si Kuntum.
“Eh, janganlah macam ni. Acik dah beli dah ni. Makanlah, kalau Kuntum tak nak nanti Acik letak kat tepi ni je, nanti orang lain ambil”.

“Tak nak Acik! Kita tak nak. Acik bagilah orang lain. Kita taknak”. Entah, kenapa saya rasa Kuntum jangan dipaksa, jika dia tidak suka, kita perlu hormat perasaannya dan layan dia sama seperti kita. Saya juga tidak suka dipaksa.
Satu hari lagi saya ke sana lagi, saya lihat ada Kuntum di luar lagi. Saya tanya juruwang tentang Kuntum, sama ada dia bekeluarga atau tidak. Saya lihat pekerja di Speedmart itu melayan sahaja

“Kuntum, tidak dikasari. Bagus mereka.

“Katanya Kuntum ini sentiasa berlegar-legar, tidak pasti ada rumah atau tidak tetapi dia sentiasa bersih. Jadi kali ini saya gunakan strategi lain. Saya hampiri Kuntum, “Kalau saya nak bagi duit boleh?”. Dia angguk, “Boleh!”.

“Saya hulurkan duit padanya, kemudian katanya “Terima kasih kak!”. Bukan main ya kau Kuntum, dari Acik kau upgrade aku jadi kakak. Haha! Lucu Kuntum ini.

“Sahaja saya kongsi cerita, adakala apabila melihat situasi mudah itu kita beri dan hampiri dan ada keadaanya, kita jadi tidak tahu sama ada perbuatan itu ditolak dan kita jadi banyak berfikir dan malu sendiri walhal yang kita hendak buat itu kebaikan.

“Apabila ada banyak contoh tauladan di sana dan sini, memberikan bantuan, menjadikan kita berani hendak menyapa dan membantu. Paling utama kita bantu, kena reject belakang cerita.

“Untuk mesej ini terima kasih banyak Ustaz Ebit bahawa bantulah, berjumpa dengan mereka yang memerlukan, bawah lorong, dalam kolong. Pergi dan beranikan diri. Barangkali kita ditolak atau tidak dilayan walhal niat itu baik tetapi jangan putus asa.

“Saya tidak taksub, ada isu seperti di Sabah dan pelajar-pelajar UPSI tempoh hari, saya rasakan ada Ustaz dan teamnya perlu meneliti banyak perkara supaya tidak menjadi isu. Mana betul kita setuju dan mana tidak, saya tidak main ikut sahaja.

“Ustaz Ebit ini telah memberikan satu gambaran dan contoh tauladan kepada saya, bantulah dan terus berbuat baik tanpa mengira situasi, tempat dan latar. Mesej penyampaian yang disayangi oleh kita semua tanpa mengira bangsa dan kaum.

“Semoga berakhir dengan baik-baik sahaja.

Oleh Nor Zabetha

kredit: FB Nor Zabetha

“Semua orang nak cari g4duh dengan saya. Saya sedih” – Ebit Lew

KUALA LUMPUR : Luahan rasa yang dibuat oleh Pendakwah bebas dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) menerusi aplikasi Tik Tok baru-baru ini mendapat respons ramai masyarakat dan pengikutnya yang rata-ratanya tersentuh dengan kata-kata yang dilontarkan.

Menerusi perkongsian tersebut, UEL dilihat mengalirkan air mata sambil meluahkan rasa bahawa dia bukanlah seorang manusia yang suka mencari gaduh dengan sesiapa sahaja.

“Saya susah nak mengata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa. Tetapi sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan terhadap saya. Saya jadi sedih, “katanya.

UEL berkata demikian dalam aplikasi Tik Tok yang dimuat naik semula dalam Instagram, @jentikhati.

Selain itu, UEL juga berkata, dia bukan seorang individu yang mudah melawan orang lain meskipun ada berbuat demikian dengannya.

“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan.

“Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih,” katanya.

Mengharapkan agar umat manusia hidup dalam suasana dan persekitaran penuh kasih sayang, UEL bagaimanapun sedar masih ada pihak yang tidak suka dengan apa yang dilakukannya selama ini.

“Saya fikir dunia ini tak seindah yang disangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia, akan ada yang benci, akan ada yang lawan.

“Saya percaya, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti, dunia ini akan kembali seperti zaman dahulu. Zaman Rasulullah. Zaman dulu orang baik-baik. Suasana itu akan wujud, manusia saling mengasihi, saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, sengketa penceramah motivasi, Caprice dan UEL menjadi perhatian ramai apabila dia yang juga penyanyi rap tersebut telah membuat pelbagai tuduhan mengenai pembabitan UEL dalam misi bantuan sebelum ini.

Antara yang didakwa Caprice, UEL dan pasukannya telah memburukkan imej negara ketika sebulan berada di Gaza, Palestin untuk membantu rakyat negara itu yang ditindas Isr4el.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*