Selain Sofia Jane, Ini 5 Artis Yang Kekal Cantik Di Usia 40-an

Tak dinafikan timbul rasa cemburu apabila melihat beberapa artis Malaysia.

Sudahlah memang berbakat, tambah pula dengan wajah yang tak pernah ‘makan tua’. Memang cembvru habislah!

Bagi Wanista, beberapa artis ini memang cantik-cantik belaka. Tiada perbezaan ketara pun dari zaman muda mereka sehingga sekarang.

Memang sekali pandang, macam anak dara. Kalau kamu mahu tahu siapa, teruskan scroll sehingga habis.

Ella [56 Tahun]

Digelar sebagai ratu rock Malaysia, siapa sahaja yang tak kenal dengan Ella? Tak dinafikan selain suara, kecantikan Ella juga dikatakan mengagumkan semua orang.

Erra Fazira [48 Tahun]

Ibu kepada seorang anak perempuan, Erra Fazira sememangnya terkenal dalam bidang lakonan, pengacaraan dan modelling.

Sofia Jane [50 Tahun]

Lihat sahaja wajahnya, pasti ramai yang tahu aktres dan model ini mempunyai darah kacukan. Walaupun kerap kali diberikan watak t0mboi, kecantikan asli Sofia Jane tidak pernah hilang.

Nasha Aziz [50 Tahun]

Namanya yang menjadi sebutan orang ramai disebabkan kecantikannya, Nasha Aziz tak pernah nampak tua walaupun usia makin meningkat.

Masih lagi cantik seperti zaman mudanya.

Maria Farida [53 Tahun]

Mempunyai wajah Pan Asia, Maria Farida sering digelar aktres yang paling cantik sejak mula berkarier sehingga sekarang.

Langsung tak nampak tua dengan wajah dan tubuh badan seperti anak dara.

Sheila Majid [57 Tahun]

Tak dinafikan sesiapa sahaja yang mempunyai tubuh genit, mesti wajah dan badannya tidak akan seperti usianya.

Kebanyakan individu termasuklah Sheila walaupun usia meningkat, mereka tetap kelihatan muda daripada usianya.

Memang cantik-cantik artis Malaysia ini. Kalau kamu nak tahu, setiap satu daripada mereka mempunyai rahsia kecantikan tersendiri.

Kalau kamu nak kekal cantik seperti mereka ini, pastikan kamu jaga pemakanan dan kesihatan daripada sekarang. Selamat beramal ♥

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : diva.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*