“Tak M4lu Kembali Jadi Penyanyi Jalanan”- Tegar Guna Wang Kemenangan RM10,000 Beli Gitar Baru

“Wang kemenangan ini akan saya gunakan untuk membina rumah baharu dan membuka perniagaan… mungkin berniaga makanan.

“Selain itu saya mahu beli keperluan untuk berkarya seperti sebuah gitar baharu,” katanya kepada mStar.

Big Stage 2022 menyaksikan Tegar menduduki tempat kelima program nyanyian tersebut.

Bergantung kepada pandangan setiap orang tentang penyanyi jalanan… bagi saya ia satu pekerjaan.

Sepanjang lapan minggu berjuang di pentas Big Stage 2022, Tegar akui banyak menimba pengalaman dan sedikit sebanyak mengubah hidupnya.

“Kalau dahulu saya lebih santai sahaja tetapi sekarang ia mengajar saya untuk bekerja lebih gigih dengan kemampuan yang dimiliki.

“Selain itu saya juga banyak belajar tentang teknik vokal,” ujarnya.

Dalam pada itu Tegar berkata walaupun bergelar artis rakaman, dia tidak merasa malu untuk kembali menjadi penyanyi jalanan seperti mana yang pernah dia lakukan sebelum popular dahulu.

Jelasnya, menyanyi di jalanan juga merupakan salah satu cara untuk mencari rezeki mengikut kemampuannya.

Tegar tidak kisah untuk menjadi penghibur jalanan demi mencari rezeki.

“Bergantung kepada pandangan setiap orang tentang penyanyi jalanan. Bagi saya ia satu pekerjaan kerana dapat membantu mencari wang untuk membeli makanan.

“Ketika kita sedang berhadapan dengan Cvid-19, susah untuk menerima undangan menyanyi.

“Jadi saya tidak malu untuk menjadi penyanyi jalanan demi mencari rezeki,” katanya.

Sertai Big Stage Demi Keluarga, Tinggal Isteri Dan Anak Usia 2 Thn Di Indonesia

BERKAHWIN dan memiliki anak pada usia muda menjadikan penyanyi Tegar Septian seorang yang lebih matang dan sentiasa berfikir tentang masa depan.

Tegar, 22, juga mengakui ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan kehidupan berumah tangga adalah cabaran untuk dia sentiasa belajar erti kesabaran.

“Sekarang masa untuk bersama kawan-kawan tidak seperti dahulu lagi. Perlu lebih fokus kepada keluarga dan anak.

“Menjadi bapa pada usia muda membuatkan saya lebih dewasa. Saya harus fikir tanggungjawab dan bekerja untuk masa depan keluarga,” ujar Tegar kepada mStar.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka pada Mac 2020 dan mereka kini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang diberi nama Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Demi masa depan dan kesenangan keluarganya, Tegar terpaksa berpisah dengan mereka bagi menyertai program Big Stage 2022 (BSSS) diadakan di Malaysia.

“Mereka semua menyokong kerjaya saya dan penyertaan saya ini juga adalah demi masa depan kerjaya yang untuk kesenangan mereka.

“Ada perancangan untuk membawa isteri dan anak datang ke Kuala Lumpur. Semoga segala urusan dipermudahkan dan kami dapat bersama nanti,” jelasnya.

Penyertaan Tegar dalam BS22 juga bagai pengenalan semula kepada peminat yang di sini.

Penyanyi berasal dari Subang, Indonesia ini mencipta nama menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang dan berharap masih ada peluang untuk kembali dikenali dalam industri muzik Malaysia.

“Jika ada rezeki saya di sini, pasti mahu berada di Malaysia. Semoga penyertaan saya ini akan sampai ke peringkat akhir.

“Dalam hidup dan kerjaya ini saya hanya follow the flow sahaja. Apa yang penting tetap terus berkarya,” ujarnya.

BERIKUT KEPUTUSAN PENUH FINAL BIG STAGE 2022:

Juara – Elica Paujin (78.93%)

Naib juara – Danial Chuer (72.62%)

Tempat ketiga – Aisha Retno (71.04%)

Tempat keempat – Yazmin Aziz (59.35%)

Tempat kelima – Tegar Septian (59.13%)

Pada konsert akhir yang berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam, Elica membawakan dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan Believer (duet bersama Hael Husaini).

Danial Chuer yang bergelar naib juara membawa pulang wang tunai RM50,000 dan Aisha Retno menerima hadiah RM25,000 beserta trofi.

Sementara itu, Yazmin Aziz dan Tegar Septian yang mengisi tempat keempat serta kelima membawa pulang wang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).

Biodata Penyanyi Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022

Siapa Tegar? Pemilik nama penuh Tegar Septian ini adalah seorang penyanyi remaja Indonesia yang melibatkan diri dalam rancangan realiti nyanyian, Big Stage Musim 4.

Edisi 2022 itu turut menyenaraikan 11 penyanyi generasi baharu atau Budak Baru Nak Up (BBNU) yang lain sebagai barisan peserta iaitu Aisha Retno, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Lia Aziz, Megat Rahim, Elica Paujin, Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Yazmin Aziz, Ajoi Zainal, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Iqbal Zulkefli.

 

Sumber: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://khabar24media.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*