“Saya Jumpa Nota Surah Al-Fatihah” – Orang Gaji Peluk Islam Selepas Dengar Johan Baca Tazkirah

Juri program Ceria Popstar Xtra, Johan Yazid mendedahkan amalannya menyampaikan tazkirah setiap kali selepas solat bersama keluarga menjadi asbab pembantu rumahnya yang beragama Kristian memeluk Islam.

Kongsi Johan, dia langsung tidak menyangka pembantu warga Indonesia itu telah terbuka pintu hati menerima hidayah Allah yang akhirnya melafazkan dua kalimah syahadah.

“Saya mempunyai seorang pembantu rumah dari seberang yang asalnya beragama Kristian.

“Dia telah bekerja dengan saya selama tiga tahun. Ketika kami sekeluarga solat berjemaah, saya pastikan masa yang terluang antara waktu Maghrib dan Isyak diisi dengan penyampaian tazkirah.

“Setiap kali sesi perkongsian ilmu berlangsung, dia akan duduk di sudut surau dalam rumah kami dan mendengar topik dibincangkan. Dia hanya mendengar tanpa bertanyakan apa-apa.

“Hanya selepas balik ke negaranya, barulah saya dapat tahu pembantu rumah ini sudah memeluk agama Islam,” katanya.

Johan berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sidang akhbar program realiti nyanyian tersebut di ibu kota baru-baru ini.Lebih membuatkan pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ini terharu selepas mendapati usaha dilakukan wanita berkenaan untuk mendalami agama Islam.

“Saya terjumpa buku nota miliknya yang tertera surah al-Fatihah, namun ditulis dalam tulisan rumi, sekali gus menggambarkan betapa bersungguhnya dia mempelajari dan mendalami agama Islam,” cerita pelawak popular itu.

Tambahnya, selepas bergelar mualaf, suami kepada pelakon Ozlynn Wati itu memaklumkan pembantu rumahnya itu terus mendapat bimbingan daripadanya.

Sumber: BoomMalaysia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :http://www.viralkamipress.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*