Alhamdulillah! Wany Hasrita sah bergelar isteri, terima cincin berlian sebagai mas kahwin

DENGAN dua kali lafaz penyanyi Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya bernama Al Adib Fahmi dalam majlis yang berlangsung pada malam Jumaat.

Akad nikah tersebut disempurnakan oleh bapa Wany sendiri iaitu Hasbullah Hassan dan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa kira-kira pukul 9.15 malam di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.

Pada majlis tersebut Adib atau nama sebenarnya Muhammad Al Adib Fahmi Harun, 30, menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin.

Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

Wany meluahkan rasa syukur majlis dirancang berjalan lancar dan memohon doa peminat untuk kehidupan lebih baik selepas ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.

“Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.

Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius

WANY HASRITA

PENYANYI

“Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini,” katanya.

Wany dan suami mula kenal sejak 2010 dan mereka mula rapat sembian tahun kemudian.

Saling memahami antara satu sama lain membuatakn mereka berdua serasi dan mudah untuk membuat keputusan menlangkah ke fasa seterusnya.

“Pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram (IG) dan banyak berhubung di situ.

“Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” jelasnya.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Busana kedua mempelai pula mendapat sentuhan pereka Altelia Amani.

Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai ini bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*