“Bertudung Labuh Dihari Bahagia..” Penampilan Sopan Wany Hasrita Dipuji Ramai

Dengan dua kali lafaz penyanyi Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya bernama Al Adib Fahmi dalam majlis yang berlangsung pada malam Jumaat setelah sekian lama mengunci mulut.

Akad nikah tersebut disempurnakan oleh bapa Wany sendiri iaitu Hasbullah Hassan dan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa kira-kira pukul 9.15 malam di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.

Pada majlis tersebut Adib atau nama sebenarnya Muhammad Al Adib Fahmi Harun, 30, menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin.

Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

Wany meluahkan rasa syukur majlis dirancang berjalan lancar dan memohon doa peminat untuk kehidupan lebih baik selepas ini.

Wany dan suami mula kenal sejak 2010 dan mereka jadi rapat sembilan tahun kemudian.

Rata-rata netizen turut memuji penampilan penyanyi tersebut yang kelihatan cantik mengenakan tudung menutupi bahagian dad4nya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: IG Hlive

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*