Biar betul ‘Ahmad Dhani’ berdiri di celah ribuan penonton konsert, peminat sedar dan bersorak terus muka jadi biru!

MESKIPUN sudah beberapa hari berlalu, namun kehebatan band ‘legend’ dari negara seberang, Dewa 19, yang beraksi sempena Konsert Anniversary Tour 30 Years of Dewa 19 di Axiata Arena, masih lagi hangat diperkatakan sehingga hari ini.

Menelusuri media sosial, ramai yang membuat perkongsian video mahupun gambar yang dirakam ketika menghadiri konsert berkenaan.

Selain kemantapan persembahan Dewa 19 yang memukau, kelibat individu yang dikatakan mirip komposer dan vokalis kumpulan berkenaan, Ahmad Dhani, turut mencvri tumpuan penonton konsert.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Malah videonya yang dirakam dan dimuat naik di aplikasi TikTok ketika sedang berdiri di zon ‘free standing’ menjadi tular dengan rata-ratanya mengakui lelaki tersebut mempunyai wajah iras Ahmad Dhani.

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda berkenaan, Lokman Arief berkata, dia sememangnya salah seorang ‘baladewa’ dan meminati kumpulan berkenaan sejak di bangku sekolah menengah lagi, namun menyifatkan persamaan wajah dengan vokalis berkenaan sebagai kebetulan.

“Saya datang awal pada hari pertama konsert. Disebabkan belum mula, saya sempat ke tandas dahulu. Sebaik sahaja saya masuk semula ke zon ‘free standing’, ada orang bersorak nama ‘Ahmad Dhani’.

“Kemudian ada sekumpulan penonton siap panggil ‘Ahmad Dhani’ dan bergurau suruh saya naik atas pentas dan perform cepat.

dhani 4

Lokman (kanan) bersama rakan-rakannya sewaktu menonton konsert Dewa 19, Jumaat lalu.

“Memang biru juga muka waktu kena sorak tu,” ujarnya sambil ketawa kecil ketika mengimbas insiden lucu pada Jumaat lalu.

Senang disapa sebagai Lokman, pemuda berusia 37 tahun ini berkata dia tidak menyangka dapat menghadiri konsert Dewa 19 kali ini, selepas terlepas peluang untuk menghadirinya pada 2019 ketika band kegemarannya ‘turun’ membuat persembahan di Kuala Lumpur.

“Masa mereka datang pada 2019, saya tak berkesempatan nak pergi. Kebetulan Ahmad Dhani tak dapat hadir kerana masuk penjara. Saya pun tak berapa kecewa sangat.

“Nak dijadikan cerita, pada hari konsert itu berlangsung, saya nak balik kampung di Kelantan. Tengah berjalan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), tiba-tiba ada orang laung ‘Ahmad Dhani… Ahmad Dhani’. Kelakar pula.

dhani 2

Imej botak dan janggut panjang Ahmad Dhani yang menjadi ikutan Lokman.

“Untuk konsert kali ini pula, saya tahu mereka tengah tour dekat Indonesia, tapi tak tahu bila mereka akan perform dekat Kuala Lumpur.

“Saya dapat tahu daripada sepupu dan dia bagi pautan untuk beli tiket. Dapat juga walaupun ketika itu kecoh dah sold out,” ujarnya yang menetap di Sentul.

Bercerita lebih lanjut, Lokman mendedahkan dia sebenarnya sudah terbiasa menjadi usikan rakan-rakan, namun kali ini agak terkejut selepas video dirinya tular di media sosial.

Saya peminat yang biasa saja, tidaklah sampai obses tampal poster penuh bilik.

LOKMAN ARIEF

PEMINAT DEWA 19

“Kalau dengan kawan-kawan memang biasa. Tapi setakat kawan-kawan saja. Kali ini sampai viral pula. Banyak sebenarnya insiden lucu. Pernah sekali di Kampung Baru, ada seorang lelaki siap u-turn bila nampak saya, sebab ingat Ahmad Dhani. Jenuh juga nak nafikan.

“Mungkin persamaan itu lebih kepada janggut dan berimej botak. Sebenarnya saya ada masalah rambut… biasalah umur dah meningkat. Jadi saya botakkan terus.

dhani 3

Lokman meminati Dewa 19 sejak di bangku sekolah menengah.

“Janggut pula, saya memang gemar simpan dan pernah juga tiru style janggut Ahmad Dhani. Saya peminat yang biasa saja, tidaklah sampai obses tampal poster penuh bilik,” ujarnya yang bekerja sambilan di sebuah syarikat produksi filem.

Disebabkan videonya tular baru-baru ini, Lokman berkata dia masih terkejut lantaran mendapat panggilan daripada beberapa media untuk sesi wawancara.

“Saya masih terkejut dan cuba nak ‘adapt’ dengan situasi sekarang. Tapi Alhamdulillah, kehidupan saya masih seperti biasa walaupun tiba-tiba dapat ‘instant fame’. Saya anggap ia sebagai rezeki.

dhani 5

Rata-rata netizen turut menyifatkan wajah Lokman seiras Ahmad Dhani.

“Tapi yang kelakarnya, kawan-kawanlah suka usik dekat grup WhatsApp. Nak apply jadi pembantu peribadilah, pemandu dan macam-macam lagi.

“Jika ditanya sama ada saya teringin nak jumpa Ahmad Dhani, sudah semestinya saya tak menolak jika ada peluang itu. Tapi dapat hadir konsert Dewa 19 baru-baru ini pun saya dah cukup puas… empat jam yang sangat berbaloi,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*