Anak Aman Shah masih ingat pesanan terakhir bapa, rupanya ada cerita di sebalik lagu ‘Kepulangan Yang Di Nanti’

PESANAN terakhir Allahyarham Aman Shah kepada anak sulungnya iaitu Hadzly akan terus dikenang dan menjadi amanat yang perlu dipegang sepanjang hayat.

Menurut Hadzly, 43, sejak kecil hubungannya dengan bapa agak renggang, namun ia kembali terjalin erat selepas dia mengambil keputusan tinggal berdekatan di Kuala Lumpur.

“Sebenarnya saya tidak rapat dengan arwh ketika kecil kerana dibesarkan oleh arwh nenek.

“Selepas bekerja dan menetap di Kuala Lumpur barulah hubungan kami akrab dan dia selalu ajak bercuti sama jika ada masa lapang.

aman shah 22

Jenazah arwah Aman Shah dikebvmikan pada malam Rabu.

“Kali terakhir pesanan arwh kepada saya adalah untuk menjaga baik semua anak-anak. Itu adalah amanat yang akan sentiasa saya pegang,” katanya kepada mStar.

Hadzly ditemui semasa pengebumian arwh bapanya itu yang diadakan di Masjid Al- Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, Selangor pada petang Rabu.

Dalam pada itu, Hadzly menyifatkan lagu popular nyanyian arwh berjudul Kepulangan Yang Di Nanti terlalu istimewa dan dekat dengan dirinya.

“Lagu tersebut sebenarnya menceritakan tentang kisah anak-anaknya. Syukur selepas kembali rapat kami tidak pernah lepas peluang untuk kembali sambut raya bersama,” jelasnya.

Hadzly merupakan anak sulung Aman hasil perkahwinan pertama dengan bekas isteri iaitu Rohani Nik.

Lagu tersebut sebenarnya menceritakan tentang kisah anak-anaknya. Syukur selepas kembali rapat kami tidak pernah lepas peluang untuk kembali sambut raya bersama

HADZLY AMAN SHAH

Sementara itu, seorang lagi anak arwh iaitu Zalelo berkongsi detik pertemuan terakhir bersama bapa ketika majlis pertunangannya yang diadakan di Singapura.

Zazelo yang juga merupakan penyanyi di negara berkenaan mengakui terkejut apabila mengetahui berita pemergian bapa tercinta.

Kata Zalelo atau nama sebenar Afrah Athasha, 23, dia berharap agar dapat mencipta lebih banyak kenangan bersama arw4h.

zazelo 1

Zalelo sempat bertemu arwh bapa ketika majlis pertunangannya minggu lalu.

“Baru dapat jumpa ayah. Dia datang ke Singapura ketika saya bertunang. Tak sangka dia menlnggal dunia secepat ini.

“Saya berharap dapat mencipta lebih banyak kenangan bersama jika arwh masih dipanjangkan usia,” katanya.

Zalelo merupakan anak Aman hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya Farah Diba Abdul Aziz.

Aman pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai enam orang anak hasil semua perkahwinan.

Aman Shah menghembvskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara ak1bat ser4ngan j4ntung pada pukul 2.20 petang, Rabu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*