[VIDEO] Puas Ikhtiar Anak, Fila kongsi keputusan IVF

Hampir 3 tahun menyulam cinta sebagai suami isteri, Nur Afilah Amir Rusdi dan Adama Mohamed Camara membuktikan perbezaan dari segi budaya serta etnik bukanlah satu halangan. Malah pasangan berkenaan masih kelihatan romantis mengalahkan `pengantin baru’ meskipun masih belum dikurniakan rezeki anak lagi.

Hari yang mendebarkan. Terbaru, Fila dan juga suaminya yang juga seorang warganegara Afrika telah pun membuat keputusan untuk melakukan proses IVF (in-vitro fertilization) sebagai salah satu usaha untuk peroleh cahaya mata. Sebelum ikhtiar yang dijalankan tersebut diisytiharkan berjaya, wanita berkenaan perlu melalui beberapa test dan juga perjalanan seperti pembuangan fallopian tube, treatment, injection serta transfer embyro.

Perjalanan ni buatkan kami lebih kuat, lebih dekat dan kasih sayang kami lebih mendalam. Akhirnya selepas 7 bulan berulang-alik ke pusat perubatan berkenaan, tibalah masanya untuk mendapat result adakah segala perih jerih yang dilakukan selama ini berhasil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MADAM CAMARA (@filaamir)


Walau bagaimanapun, keputusan HCG menunjukkan penurunan sekaligus menjawab penantian IVF mereka berdua tidak berjaya dilakukan. Meskipun itu, Fila dan juga pasangan reda dengan keputusan berkenaan serta bersyukur telah diberi peluang untuk menjalani proses tersebut.

Teringat haritu ada orang tak nak baby ke, asyik berdua je…Harini tengoklah, mereka sebenarnya dah usaha.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sebak dengan perkongsian yang telah dibuat pasangan tersebut. Dalam pada itu, ramai individu lain yang sedang dalam tempoh TTC tidak ketinggalan tinggalkan kata-kata semangat serta doa buat Fila.

Aku teringat hari tu ada org tnya tak nak baby ke.. Asyk berdua je.. hari ni awak tengok la..

Mereka sebenarnya dah usaha… jangan tanya perihal mereka.. tolong doakan”. “Saya dah buat IVF sebanyak 2 kali dan kedua2 tak berjaya. Perancangan Allah lebih baik. Kena percaya tu”. “tldak apa fila, fila…selagi ada rahim kita mampu untuk ada zuriat jgk satu hari nanti …dengan izin Allah…jgn pernah putus asa…kuatkan semangat….teruskan berkasih syg..”

“semoga suatu hari nanti ada rezeki utk kamu berdua…berdoa..usaha..jangan cpt putus asa ok…”. “Semoga ada rezeki anak but mereka berdua. InshaAllah”. Sumber kisah dunia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :https://c-nn.net/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*