Penampilan seorang selebriti apatah lagi selebriti wanita tentu sahaja sering menjadi tumpuan oleh peminat dan warganet. Dalam pada beberapa selebriti wanita mulai ditegur netizen tentang penampilan mereka, penyanyi muda baharu yang dikenali sebagai Chombi membuatkan ramai memberikan pujian terhadapnya.
Menerusi satu perkongsian oleh seorang individu iaitu pengguna platform TikTok menyebabkan Chombi dipuji warganet apabila pemilik suara lagu yang kini sedang trending, Sayunk I Love You ini dilihat menari dan membuat persembahan lagunya itu. Sayunk I Love You selepas dua minggu dilancarkan tidak sekadar trending di YouTube sebagai nombor satu malah telah menjadi fenomena di platform tersebut.
Chombi yang juga merupakan anak perempuan kepada penyanyi terkenal, Harry Khalifah atau mesra disapa Apak membuatkan rakaman video ini turut tular mendapat sorotan warganet. Mana tidaknya, selain suara yang diketahui ramai dimana anak perempuan Apak ini mempunyai suara merdu tersendiri, penampilannya ketika di atas pentas ini turut menjadi tumpuan.
Mengenakan pakaian sopan dan sempat menari tidak terlalu keterlaluan bersama ayahnya di pentas membuatkan Chombi hangat diperkatakan ramai.
@atiesyazwani Cuba teka Atie buat apa kat sini? 😁 #sayunkiloveyouchombi #makeupartist #muaklselangor ♬ original sound – Atie Syazwani
Dalam pada itu, ada juga warganet mengusik Apak apabila meninggalkan komen offer menjadi menantunya. Manakan tak sudahlah cantik, sikapnya juga baik.
“Sopan je pakaian”
“Syantik”
“Bagus Chombi”
“Bagus didikan Apak”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: hcl
Leave a Reply