Cikgu telefon minta datang sekolah, Kak KM ‘pusing’ anak dah 8 bulan tak hadir

sahawan kontroversi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli sememangnya tidak pernah lari dari gosip walaupun bukanlah anak seni.

Walau bagaimanapun, usahawan itu tetap menjadi idola sesetengah peminatnya kerana merasakan dia merupakan sosok yang sangat rapat dengan keluarga termasuklah dengan anak-anak.

Anak 8 bulan tak masuk sekolah? LIHAT VIDEO BAWAH SEKALI….

Jika ada yang mengikuti media sosial anak kepada pelakon senior Normah Damanhuri ini, pasti tahu yang dia gemar berkongsi momen kebersamaan dengan anak-anak di rumah ataupun di luar.

Namun begitu, menerusi perkongsian Kak KM baru-baru ini, dia telah memuat naik video keluahan apabila dihubungi oleh guru anaknya di awal pagi memintanya untuk hadir ke sekolah.

Akan beri hukuman

Menurut Kak KM, guru kepada anak ketiganya dikenali sebagai Rania memaklumkan yang remaja tersebut sudah 8 bulan tidak hadir ke sekolah sehingga usahawan berkenaan terpaksa bertemu dengan pihak pengurusan untuk membincangkan hal tersebut.

Disebabkan itu, Kak KM sebagai seorang ibu telah mengatakan akan memberikan hukuman kepada anaknya diatas kesalahan terbabit sehingga dia dipanggil pihak sekolah.

Anak tengah meningkat remaja

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan mengatakan perkara sebegitu sememangnya dugaan biasa buat ibu bapa yang mempunyai anak remaja.

Bagus Kak KM, bagi hukum4n ke anak2 sebagai peringatan


Kot2 anak melencong ke tempat lain


Tetap ambil perhatian anak2 walaupun sibuk


Biasa 3 hari pun dah dapat surat amar4n

Namun begitu ada juga yang pelik apabila Kak KM mengatakan anaknya sudah 8 bulan tidak hadir ke sekolah kerana kebiasaannya jika pelajar tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa sebab, sudah pasti surat amaran telah diberikan.

Lihat video :

 

Sumber: Facebook Sweetdara KmBeauty_Mary KL, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*