Akui Sebak Dengar Soalan Yem, Elvina Mohamad Harap Nad Zainal Terus Kuat – “Ramai Sayang Mu”

Pelakon Datin Elvina Mohamad mengakui sebak mendengar soalan yang diajukan oleh anak kepada aktres Nad Zainal, Fahad Ibrahim selepas mengetahu ibunya kini masih dirawat di hospital, semalam.

Baru-baru ini, industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita Nad telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat j4ngkitan kuman pada paru-parunya.

Menurut Elvina, dia tidak mampu menahan seb4k apabila si kecil yang lebih mesra disapa Yem itu bertanya tentang keadaan ibunya yang kini masih kritik4l menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

“Time yem datang kat atok dia tanya “mummy kenapa, mummy kenapa” kami semua yang ada kat situ auto berjurai.. Ya Allah anak kecil yang tak paham apa2 lagi, yang clueless apa sebenarnya terjadi kat mummy dia,” tulisnya.

Malah, rakan baik kepada aktres itu juga mengakui dia sangat terkejut mendengar berita tersebut dan berharap Nad terus kuat demi anak-anaknya, Fahad Ibrahim (Yem) dan Budi Kalsom (Som).

“Tengok keadaan Nad yang terlantar dengan penuh pelbagai tube, jadi macam tak percaya. Sangat mengejutkan sebab macam tiba-tiba, dia tak pernah pun cakap dia sakit ke apa sebelum ni, tiba-tiba dapat tau dah kat ICU..

“Aku tau muu kuat nyah, mu kena kuat demi anak2 mu. Ramai yang datang tadi bg support kat mu, ramai sayang mu. Kteorang semua tunggu kau bangun tauu! Kau kena lawan,” katanya.

Dalam pada itu, bekas suami kepada Nad, Muhammad Faliq Amirudin juga memohon agar pelakon itu terus kuat demi kedua-dua anak mereka.

 

SUMBER:xtra

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:http://www.klmenjeritvideo.dnq.news

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*