Sudah lebih satu tahun, isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad iaitu Siti Sarah Raissuddin telah meninggalkan kita semua akibat j4ngkitan Cov1d-19 pada 9 Ogos lalu.
Kehilangan permata seni itu telah memberi kesan yang mendalam kepada ramai pihak terutamanya ahli keluarga yang sentiasa merindui arwah.
Malah, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di laman Instagramnya, dia telah berkongsi perkembangan anak bongsunya, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun.
View this post on Instagram
Peninggalan terakhir arw4h
Dalam video tanpa sebarang kapsyen itu, ramai yang meluahkan rasa sebak apabila penyampai radio yang berusia 38 tahun itu memasang lagu berjudul Hanya Rindu yang memberi gambaran merindui arwah isterinya.
Malah, kita semua sedia maklum bahawa arwah Siti Sarah berjaya berjuang melahirkan anak bongsunya tiga hari sebelum pergi menghadap Illahi buat selamanya.
Ayash Affan dibesarkan dengan baik
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen terkejut dengan perkembangan anak keempatnya itu yang sudah membesar dengan baik walaupun tanpa kasih sayang seorang ibu malah, mereka turut mendoakan agar Ayash dapat membesar menjadi anak yang soleh.
Sekadar info, hasil perkahwinan selama 10 tahun Shuib dan Siti Sarah, mereka telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 1.
Sumber: omm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:https://www.klmetro.pw
Leave a Reply