Heboh Syifa Melvin bakal nikah esok, Safawi Rashid pula minta jangan sibuk ambil tahu

PEMAIN bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rashid meminta netizen tidak mengambil tahu tentang khabar angin mengatakan dia bakal berkahwin dengan pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin pada 28 November 2022.

Enggan mengesahkan perkara itu, Safawi, 25, sebaliknya meminta peminat tidak mencampuri atau berasa bimbang dengan siapa dia bakal berkahwin dan meminta nantikan sahaja sekiranya ada berita gembira.

“Korang fasal kahwin, korang jangan tahulah, bila saya nak kahwin, dengan siapa saya nak kahwin.

“Ada rezeki, jodoh, saya akan kahwin. Korang jangan risau, nantikan sahaja,” katanya menerusi sebuah video di TikTok.

Safawi minta peminat jangan ambil tahu bila tarikh kahwin.

Dalam pada itu, peminat meluahkan rasa kec3wa apabila pemain bola sepak berkenaan dilihat cuba menyembunyikan perkara baik meskipun tarikh dan kad undangan perkahwinan mereka sudah tersebar.

Meskipun memahami privasi yang dimahukan pasangan tersebut namun peminat berpendapat ada baiknya mereka berterus terang dengan perkara tersebut.

“28 November belah perempuan, tema putih, 3 Disember pula belah lelaki. Sepupu dia beritahu saya.

“Benda dah ‘kantoi’ buat apa sorok… 3 Disember ini dia sanding, patah hati saya nanti,” komen netizen.

Malah ada menyambut perkara itu sebagai berita baik ekoran prestasi Safawi di padang bola sejak seperti hilang fokus sejak akhir-akhir ini.

8456894659834

Kad undangan perkahwinan Safawi dan Syifa tersebar.

“Penalti dah banyak kali tak masuk Safawi, baik kahwin cepat. Bercinta heboh, takkan kahwin nak sorok,” tulis netizen.

Sebelum ini, Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, juga enggan mengesahkan perkara tersebut meskipun kad undangan majlis bertanding di pihak lelaki tersebar di media sosial.

Kata Syifa, dia enggan menghebahkan tentang perkahwinannya itu kerana masih belum ada ikatan yang sah di antara mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*