Lain macam baka Kelantan! Bijak semua subjek, ada alasan tersendiri lemah B.Melayu – “Sebab saya orang Kelate”

MELIHAT keputusan peperiksaan anak-anak masih bersekolah pastinya menjadi perkara penting untuk ibu bapa.

Daripada situlah ibu bapa dapat mengetahui tahap pencapaian akademik mereka setiap kali ujian dijalankan.

Tidak dinafikan setiap anak mempunyai kekuatan dan kelemahan terhadap mata pelajaran tertentu.

Ada pelajar yang hebat dalam mata pelajaran Sains dan Matematik tetapi sedikit lemah terhadap subjek bahasa.

Dhia memperoleh gred A bagi setiap subjek kecuali Bahasa Melayu.

Situasi sebegini bukanlah pelik kerana setiap antara kita mempunyai kebolehan yang berbeza-beza.

Begitulah yang terjadi kepada kanak-kanak ini apabila dia menunjukkan keputusan peperiksaan kepada ibunya sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh @nurhafzan6644 di TikTok, kanak-kanak yang dikenali sebagai Dhia telah menyerahkan kepada ibunya keputusan peperiksaan yang diduduki baru-baru ini.

@nurhafzan6644 Saya orang kelantan bukan prang melayu 🤣🤣🤣 #budakcerdik #fypシforyoupage #berandatiktok #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypplease #kakak #anakomie #dhia ♬ original sound – Kafaym ✅💠


Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan, kanak-kanak itu berjaya memperoleh markah yang tinggi untuk hampir semua subjek yang diambilnya.

Ibunya yang merakam momen itu turut teruja dengan keputusan cemerlang dicapai oleh si anak apabila berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

Bagaimanapun, apa yang menjadi persoalan ibunya apabila Dhia mendapat gred B bagi subjek Bahasa Melayu.

“Wah ada dua (subjek) dapat 100 (markah penuh).

“Eh ada satu saja B? Kenapa Bahasa Melayu B?” ujar si ibu dalam video tersebut.

Setelah ditanya ibu mengapa subjek itu mendapat gred B jawapan kanak-kanak ini membuat wanita itu terkedu dan ketawa.

Adik ni cerah sangat masa depanmu sayang. Jawapan yang sangat betul.

NETIZEN

“Sebab saya orang Klate (Kelantan) bukan orang Melayu,” jawab si kecil itu sambil tersipu-sipu malu.

Tanpa memperlekeh atau mentertawakan anaknya dengan jawapan diberikan, wanita ini memberikan semangat buat si cilik.

Bukan itu sahaja, ibunya juga memberikan nasihat agar Dhia melakukan lebih banyak latihan supaya mahir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hantaran tersebut menjadi tular di TikTok dengan meraih lebih 700,000 jumlah tontonan setelah disiarkan.

Komen netizen di TikTok.

Keletahnya ini mencuit hati netizen yang secara tidak langsung mengetahui ‘punca’ kanak-kanak ini tidak memperoleh gred A bagi subjek tersebut.

“Original berdarah Kelantan ni.

“Jawapan dia memang ‘win’.

Win dik. Orang Kelantan kalau buat karangan mesti campur ikut Kelantan sikit.

“Adik ni cerah sangat masa depanmu sayang. Jawapan yang sangat betul,” ujar netizen di ruangan komen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*