Suami Kerja Offshore Baru Tahu 4 Dari 6 Anak Bukan Benihnya, Nama Di Ic Kekal Demi Jaga Aib

Seorang suami yang juga bapa diduga ujian besar apabila mengetahui empat daripada enam orang anaknya didakwa terhasil daripada hubungan isterinya bersama lelaki lain.

Pendedahan itu dibuat oleh rakannya di aplikasi X @akuskizo menyatakan perkara itu diketahui lelaki terbabit selepas membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

dna

Lebih menyedihkan, katanya, lelaki tersebut masih mengekalkan hubungan bersama isteri serta namanya di kad pengenalan anak demi menutup aib daripada orang ramai.

“Kawan aku (baru tahu) empat daripada enam anak dia adalah anak orang. Pengajaran kepada semua kawan kerja ‘offshore’, semak ujian DNA anak-anak anda.

“Kebenaran memang menyakitkan tetapi masa depan anak-anak lebih penting. Bagaimanapun, kawan aku ambil keputusan untuk kekal dalam hubungan demi anak-anak,” katanya di aplikasi X, kelmarin.

Difahamkan, kejadian itu berlaku dua tahun lalu dan kini lelaki berkenaan dikatakan aktif menyertai tabligh bermula awal Februari lalu.

 

dna anak

Difahamkan, kisah ini berlaku dua tahun lepas dan si suami sudah ‘move on’. Kini si suami banyak sibukkan diri dengan menyertai tabligh bermula awal Februari lalu.

anak

Apa yang menyedihkan, si suami mengekalkan namanya di kad pengenalan anak demi menutup aib daripada ketahui orang.

Kredit: X

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*