Kisah membabitkan anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial kerana berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Abby Abadi memuat naik video momen berjumpa dengan menantunya yang juga suami kepada Marissa Dania iaitu Aslam.
Dalam video tersebut, Marissa dan Aslam dilihat hadir menaiki satu kereta ke rumah Abby. Turut kelihatan Norman Hakim dan Memey menyambut kedatangan mereka.
Pelakon Abby Abadi berkongsi sebuah video yang memaparkan anak dan menantunya datang beraya di rumah.
Ruang untuk diperbaiki
Menerusi perkongsian di Instagram, kelihatan Marissa Dania dan Haslam tiba di perkarangan rumah Abby untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketibaan Marissa dan Haslam turut disambut Norman dan Memey. Lebih mencuri tumpuan, Marissa dilihat bersalaman dan memeluk ibunya. Selain Marissa, Haslam turut melakukan perkara yang sama.
Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki dan setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati.
Abby turut menulis kapsyen di mana setiap kesilapan mempunyai ruang untuk diperbaiki.
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat momen tersebut dan berharap segala urusan keluarga Abby dipermudahkan.
Terdahulu, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.
Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.
Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Oh Bulan
Leave a Reply