Anak Pengurus Jenazah Cerita Pengalaman Masuk Dalam Peti Mayat… Ramai Netizen Takut Kena Badi Mayat

Perkongsian seorang gadis bernama, Siti Durratul Aini Abdul Wahid itu mengundang perhatian selepas dia berkongsi video memasuki peti sejuk beku penyimpanan mayat di TikTok.

Rakaman itu dibuat ketika mengunjungi Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Tahunan Ke-30 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 4 hingga 6 Jun lalu.

Ujar Durra, dia hanya ingin mengambil peluang merasai sendiri pengalaman memasuki peti sejuk mayat selepas ditawarkan di salah satu booth yang menyertai pameran.

“Wakil yang jaga tempat tu tunjuk beberapa jenis peti simpan ubat-ubatan dan manusia. Dia pun tunjukkan ruangan dalam peti tu.

Suasana memang gelap dan sejuk

Berdasarkan video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan Durra diminta berbaring sebelum dia disorong masuk ke dalam peti sejuk beku itu dan kemudiannya pintu ditutup rapat.

Bagaimanapun kata Durra dia tidak menyangka perkongsian tersebut mendapat reaksi netizen yang mengaitkan tindakannya itu dengan ‘badi mayat’.

“Lepas ditawarkan tu, saya dan kawan-kawan pun bergilir-gilir cuba masuk. Tak sampai lima minit pun duduk dalam tu. Dekat dalam peti tu suasana memang gelap dan sejuk.

Durra bekerja di sebuah syarikat yang menyediakan latihan perubatan.

“Sebenarnya saya pun ada fikir mengenai badi mayat tu sebelum masuk. Tapi peti tu masih baharu. Kalau peti sudah diguna pakai, saya pun tak berani nak masuk dalam tu,” jelasnya.

Timbul keinsafan dalam dirinya selepas merasai sendiri pengalaman tersebut.

Bercerita lanjut, Durra turut berkongsi mengenai bapanya, Abdul Wahid Wakimen, 51, yang merupakan seorang pemandi jenazah di kampungnya di Johor.

Pada saya, tak ada masalah pun nak rasai pengalaman tu sendiri supaya kita ingat tentang kematian.

“Ayah saya seorang imam masjid jadi dia sudah terbiasa mandikan jenazah. Kalau ada permintaan suruh mandikan jenazah, dia akan uruskan sampai ke kubur.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*