“Rahim berbeza, mengalir satu darah” – PU Abu tekad mahu bahagiakan anak-anaknya

BERDEPAN pelbagai kontroversi melibatkan rumah tangganya sebelum ini membuatkan Pencetus Ummah (PU) Abu bertekad mahu menyatukan semua lima anaknya.

Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 30, berkata, dia berhasrat mahu melihat semua anak-anaknya hasil daripada dua perkahwinan sebelum ini saling sayang menyayangi.

“Matlamat Abi hanya satu, anak-anak Abi walaupun datang dari rahim yang berbeza tetapi mengalir satu darah yang sama.

“Cinta yang paling utama antara insan adalah cinta sebuah keluarga,” katanya.

Untitled design - 2024-03-25T113019.773

Abu berkongsi kegembiraan dapat bersama dengan anak-anaknya.

Abu berkongsi perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.

Menerusi video tersebut, Abu dipercayai berada di sebuah hotel dan sedang memeluk empat anak-anaknya.

Dalam pada itu, Abu turut meluahkan harapan agar dapat bersama anaknya yang baharu dilahirkan bersama isteri kedua iaitu Hana Azraa suatu hari nanti.

“Suatu hari nanti anak-anak akan tahu betapa susahnya Abi untuk pastikan anak-anak Abi bahagia.

“Kurang seorang sahaja dalam ini (gambar), ada rezeki Jeejah penuhkan frame dalam momen yang tidak terhitung ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Abu mendirikan rumah tangga dengan Ain Afini pada 2018 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Manakal bersama Hana pula mereka memiliki dua orang cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*