
TULAR rakaman video menyaksikan penyanyi Hafiz Suip dilihat bergaduh dengan seorang lelaki di sebuah jalan raya pada petang Jumaat.
Tampil menjelaskan hal sebenar, seorang lelaki yang dipercayai kenalan kepada Hafiz iaitu Uthman Daud memberitahu kejadian itu berlaku disebabkan provokasi.
SUSULAN tular video tersebut, penyanyi Hafiz Suip dan lelaki terlibat dilihat telah menyelesaikan salah faham antara mereka secara baik.
Dalam rakaman video yang dikongsi oleh rakannya dikenali sebagai Uthman Daud, penyanyi itu sudah bersemuka dengan lelaki berkenaan dan bersalaman memohon maaf.
Malah Hafiz juga mengakui kesilapan sendiri atas kejadian yang berlaku.
“Saya marah uncle. Saya mengaku saya juga ada buat salah. Saya minta maaf,” katanya kepada lelaki berkenaan.
Dalam video berkenaan, mereka dilihat bersalaman dan berpelukan.
“Alhamdulillah… berdamai lebih baik dan masing-masing mengaku kekhilafan sesama sendiri,” kata Uthman dalam perkongsiannya di Facebook.
Malah, dia turut berkongsi foto Hafiz bersama individu berkenaan.
Pada petang Jumaat, tular video menunjukkan Hafiz bergaduh dengan lelaki berkenaan dan kejadian dipercayai berlaku di Sarawak.
Uthman sebelum ini menjelaskan kejadian berpunca daripada provokasi sehingga mendorong Hafiz bertindak kasar terhadap lelaki berkenaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar
Leave a Reply