Izreen Azminda Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Beri Nama Andika Yusuf

PELAKON Izreen Azminda selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah pusat perubatan pada 24 Julai lalu.

Berkongsi sendiri khabar gembira itu Izreen atau Izreen Azminda Aznam, 39, melahirkan bayi lelaki seberat 3.02 kilogram.

“Assalamualaikum semua, saya Andika Yusuf, lahir 24/7/24 dengan berat 3.02 kg. Saya boy tau!” katanya

Copy of Untitled - 2024-07-27T161112.685

Bayi tersebut diberi nama Andika Yusuf.

Izreen berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram dengan memaparkan foto bayinya.

Dalam pada itu, Izreen turut berkongsi bayi tersebut diberi nama Andika Yusuf.

Pelakon itu juga sempat berseloroh mengidamkan kehadiran cahaya mata perempuan pula selepas ini.

“Yang mana auntie teka girl tu takpe, Mama saya aminkan jer. Insya-Allah next ada rezeki lagi,” ujarnya.

Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik bebas, Mumhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017.

Pasangan ini dikurnikan dua dua orang lagi anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim, 5 dan Ali Idrees, tiga tahun.

Izreen turut memliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 10, hasil perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera iaitu Muhammad Riza Baharuddin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*