Penjual Ikan Dikhianati Selepas Bantu Rakan Buka Bisnes! Ruang Niaga Dibolot, Hidup Diganggu Orang Upahan

GENERASI terdahulu sering berpesan ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’.

Situasi itulah dihadapi seorang lelaki yang meluahkan rasa kecewa dan sakit hati apabila kebaikannya dibalas dengan pengkhianatan.

Orang ramai mengambil peluang membeli ikan murah yang segar di pelantar. -Gambar hiasan

Memulakan cerita, dia yang tinggal di Alor Setar, Kedah ini berkata, lelaki yang dikenali sejak 2005 itu pada asalnya hanyalah pembeli ikan segar.

“Pada mulanya dia membeli ikan dengan saya selepas ikan mendarat di pelantar. Tidak lama kemudian, dia menyatakan tidak mempunyai tempat untuk berniaga.

“Jadi saya telah memberikan kebenaran kepada dia untuk berniaga di kawasan pelantar ikan saya… sedikit demi sedikit dia telah mengambil kawasan saya untuk dijadikan tempat tidurnya dan pejabat,” ujarnya.

Dakwa lelaki ini, penindasan terhadapnya terus menerus berlaku dari 2011 sehingga kini.

Malah katanya, dia turut dihalang daripada memasuki kawasan pelantar ikan yang dibina dengan dengan hasil titik peluhnya sendiri.

“Saya telah dihalang untuk menjalankan perniagaan seperti biasa di dalam kawasan pelantar, hari demi hari perkara menjadi lebih teruk.

“Walaupun saya telah membuat laporan polis, perkara ini masih menemui jalan buntu. Saya juga telah diganggu oleh dia dan orang upahannya walaupun saya berniaga di kawasan lain,” dakwanya lagi.

Asal nak tolong orang, akhirnya tuan tanah yang terjerat. Harap ada peguam baik yang nak tolong.

WARGA MAYA

Menurut lelaki ini, dia bukan sahaja dinafikan hak ke atas pelantarnya, malah turut mengalami kerugian kerana tidak dapat menggunakan lokasi tersebut untuk berniaga.

Tambahan pula, dia telah membayar untuk tanah berstatus lesen pendudukan sementara (TOL) itu sejak 2007 dengan anggaran kadar RM11,200 setahun.

Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa membayar sewa di pelantar lain untuk meneruskan perniagaan dengan bayaran sewaan sebanyak RM1,000 sebulan.

“Banyak proses dan penderitaan telah saya lalui… ditangkap, direman gara-gara masuk di kawasan tanah saya sendiri.

“Dia juga telah membuat surat perjanjian sewa palsu pada tarikh 30 Ogos 2007 yang mana saya tidak pernah menurunkan tandatangan pada surat berkenaan,” katanya sambil menambah, pemalsuan telah dibuktikan menerusi laporan Jabatan Kimia.

Warga maya berharap masalah yang dialaminya dapat diselesaikan.

Warga maya berharap masalah yang dialaminya dapat diselesaikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang dialaminya.

“Asal nak tolong orang, akhirnya tuan tanah yang terjerat. Harap ada peguam baik yang nak tolong dan semoga masalah dapat diselesaikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*