“Masuk Bilik Saya, 106” – Iman Rider Diuji, Pelanggan Nak Bayar Makanan Dengan Maruah Diri!

SETIAP pekerjaan mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Di TikTok, seorang rider tular apabila berkongsi pengalamannya berdepan gangguan seksual ketika menghantar pesanan makanan pelanggan.

rider2

Pendedahan seorang pemuda tentang sisi gelap kerjayanya tular di TikTok.

Lebih jijik, seorang pelanggan lain turut menawarkan seks oral kerana tidak mempunyai wang secukupnya untuk membayar pesanan makanan.

“Tolong hantar masuk bilik saya, bilik 106, terima kasih. Bang tak cukup duit, saya h*sap boleh? Kalau tak boleh, batal je,” tulis pelanggan-pelanggan tersebut.

Apalah nasib, begitulah dugaan kami sebagai seorang rider.

RIDER TULAR

Disebabkan beberapa gangguan daripada pelanggan yang dianggap biadab, pemuda itu akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan daripada syarikat terbabit.

Dia kemudian mencuba nasib mencari rezeki dengan syarikat kedua yang menawarkan servis yang sama.

Namun katanya, dia turut berdepan gangguan serupa, termasuklah daripada kaum lelaki yang bernafsu songsang.

“Apalah nasib. Begitulah dugaan kami sebagai seorang rider,” tulis pemuda itu pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memuji rider itu kerana tidak terpedaya dengan pelawaan maksiat.

“Jarang jumpa lelaki mahal sekarang. Abang satu dalam sejuta.

“Jadi lelaki pun tak selamat sekarang,” tulis netizen.

rider3

Antara mesej godaan yang diterima rider.

Dalam pada itu, beberapa individu turut menitipkan doa buat para rider agar mereka sentiasa dilindungi ketika bekerja.

“Moga Allah pelihara rider dan moga Allah terus tetapkan iman kalian dan murahkan rezeki. Tak sangka banyak dugaan.

“Kami doakan abang-abang delivery kuat iman dan rezeki berkat. Amin.

“Sedihnya, rider nak cari rezeki halal pun susah,” tulis netizen lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*