Personaliti televisyen yang juga pempengaruh media sosial, Dr Say Shazril meluahkan rasa bengang terhadap tindakan dua pembantu rumahnya yang sanggup membawa masuk dua orang lelaki ke kediamannya, malam tadi.
Menurut Dr Say, dia memuatnaik video di Instagram untuk memberi makluman kepada orang ramai disebabkan rasa bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga serta anak-anaknya yang masih bersama pembantu rumah ketika itu.
“9.25 malam, saya dan bini ada kat tingkat atas. Tuhan nak tunjuk despite camera dah dipusing, masih boleh nampak reflection, kira la berapa ramai tu peeps.
Tak pernah dalam hidup saya call 999. Tak sangka malam ni will be the very first time in my life. Ada 2 strangers, takut saya nak handle solo kang diapa-apakan baby Zeq atau anak saya yang lain maka kita minta tolong polis.”-kata Dr Say di Insta Stories

Tangkap layar video CCTV di ruang tamu di kediaman Dr Say.
Dr Say berkata dia terdetik hati untuk memeriksa rakaman CCTV selepas dimaklumkan jiran mengenai dua lelaki memasuki rumahnya, namun pada mulanya menganggap perkara itu mustahil kerana dia dan isteri berada di rumah.
Menurut Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Shaharuddin, ketika itu dua anak lelakinya berusia lima dan tiga tahun di tingkat atas, manakala anak lelaki ketiga yang berumur tujuh bulan bersama dua pembantu rumah di tingkat bawah.
“Saya tanya maid (pembantu rumah), ada ke lelaki masuk ke rumah dan mereka jawab tak ada. Saya pressure mereka, dan mereka cakap ‘dah pergi‘. Jadi saya ingat mungkin lelaki itu buat penghantaran dan dah pergi.
“Tapi isteri saya yang masa tu nak masuk kerja pukul 10 malam cakap, kalau maid beritahu yang lelaki tu dah pergi maksudnya lelaki tu masih ada. Saya terduduk… macam mana dia boleh fikir sampai macam tu.
“Tapi alang-alang just to be safe, saya periksa semula CCTV dan terjumpa awal-awal tu siap maid letak botol (untuk tutup pandangan CCTV) dulu. Lepas tu baru dia pusingkan CCTV ke arah TV dan nampak kelibat dua lelaki masuk (dari refleksi TV),” katanya.
Lebih mencemaskan, kata Dr Say, rakaman CCTV di ruang tamu itu tidak menunjukkan sebarang tanda dua lelaki tidak dikenali itu keluar dari kediamannya.

Anggota polis mengadakan serbuan di bilik pembantu rumah Dr Say.
Jelas Dr Say, kebiasaannya anak ketiganya itu akan dijaga oleh pembantu rumah di tingkat bawah apabila isterinya. Dr Azura Abas perlu bekerja syif malam (on call) sementara dia menidurkan dua lagi anak lelakinya di tingkat atas.
“Apabila saya play back rakaman CCTV tu tak nampak dua lelaki tu keluar, saya panik. Jadi, saya minta maid untuk hantar baby ke tingkat atas, tapi maid tak jawab call.
“Saya cuak sangat sebab saya tahu akan berdepan dengan dua orang. Kedua ketiga-tiga anak saya masih kecil jadi mereka boleh ambil salah seorang anak untuk dijadikan tebusan,” katanya yang membuat keputusan selamat dengan menghubungi pihak polis.
Jangan mudah percayakan sesiapa dan jangan bagi muka pada helper.
DR SAY SHAZRIL
Ketika serbuan polis dibuat di bilik di tingkat bawah, Dr Say berkata, terdapat dua lelaki bersembunyi di sebalik selimut di dua katil bersama dua pembantu rumahnya.
Sementara itu anaknya diletakkan di baby cradle (kerusi buai) di atas lantai antara kedua-dua katil.
“Kedua-dua lelaki itu dipercayai warga Bangladesh. Mereka tidak berbaju dan berselindung dalam selimut. Terus terang saya rasa gugup.
“Tergamak mereka buat ‘projek’ macam tu semata-mata nak puaskan nafsu sambil anak saya di tengah-tengah tu. Kalau anak saya menangis masa mereka tengah buat ‘projek’, mahu anak saya dipukul atau dicederakan,” katanya.

Tindakan pantas dan rasional Dr Say berjaya menyelamatkan keadaan dengan baik.
Menurut Dr Say, dua pembantu rumahnya berusia 37 dan 39 tahun masing-masing warga Indonesia dan Filipina, dan difahamkan kedua-dua lelaki warga Bangladesh itu dikenali mereka ketika keluar pada hari cuti di Kuala Lumpur.
Dia dimaklumkan ia bukan kes pecah rumah kerana kedua-dua pembantu rumahnya yang membawa mereka masuk ke kediamannya secara sukarela.
Bagaimanapun, Dr Say tetap bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat dalam kejadian itu dan kedua-dua lelaki warga Bangladesh berkenaan ditahan polis untuk siasatan.
Apa yang berlaku memberi pengajaran kepadanya untuk sentiasa lebih berhati-hati apabila mengambil khidmat pembantu rumah.
“Jangan mudah percayakan sesiapa dan jangan bagi muka pada helper. Saya baik sangat, kadang-kadang bagi helper duit poket, seminggu sekali bagi mereka off (hari cuti) pergilah mana mereka nak.
“Saya siap bagi mereka telefon setiap masa, tak pernah maki hamun tapi ini balasan saya dapat? Saya pun terkedu,” katanya kesal sambil memberitahu kedua-dua mereka sudah diambil semula oleh agensi pembantu rumah yang menguruskan mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar

Leave a Reply