Pekebun Dakwa Diri Difitnah, 2 Beradik Termakan Keropok Beracun Sudah Lama Terabai

Julai lalu, Malaysia sempat dikejutkan dengan berita dua orang kanak-kanak berusia 2 dan 3 tahun termakan keropok mengandungi racun tikus yang diletakkan pada pagar sebuah kawasan kebun. Bagaimanapun setelah lebih sebulan berlalu, pekebun, Encik Uzair Shafawi yang sebelum ini pernah ditahan reman tampil mendedahkan kejadian sebenar kepada semua.

Pekebun mendakwa dirinya dianiaya

Uzair Shafawi menerusi hantaran Facebook memuat naik satu video berserta penjelasannya yang didakwa berkait dengan kes tersebut.

Kalau ikut kehendak aku, aku nak saman ja tok kepada budak-budak ni

Jelas Encik Uzair, sebenarnya keropok berkenaan bukanlah diletakkan berhampiran jalan besar atau terlalu dekat dengan rumah penduduk lain.

Berdasarkan rakaman terperinci yang dipaparkan, lokasi menghala kebun pisang berkenaan terletak di kawasan hutan sunyi.

Bukan Encik Uzair seorang, malahan kebun-kebun di situ turut dimiliki oleh ramai pekebun lain. Entah bagaimana, ahli keluarga 2 beradik itu telah memutar belit cerita sehingga Uzair difitnah seterusnya ditahan oleh polis selama 8 hari untuk disiasat lanjut.

“Akulah si pekebun yang ditahan itu. Aku duduk dalam (lokap) lapan hari, buta sahaja kena duduk dalam. Memang naya sahaja aku kena.

“Cerita sebenarnya macam ini. Keropok itudiletakkan di atas pagar tingginya empat kaki setengah. Tak logik akal untuk budak umur dua, tiga tahun ambil.

“Keropok itu bukan duduk dalam pagar tepi jalan, tapi dalam pagar bersebelahan hutan laluan kera masuk ke tempat tanaman pisang yang aku buat. Orang kampung dekat sini pun ada yang buat keropok sama dan gantung di pokok,” dakwanya.

Uzair mendakwa, selepas kejadian itu, dia berada di rumah dan tidak pernah melarikan diri.

“Yang datang rumah aku adalah pihak polis. Bagi aku pihak polis memang terbaik. Aku difitnah. Kalau ikut kehendak aku, aku nak saman sahaja.

“Orang cakap aku lari, sedangkan aku tak lari. Boleh tanya pihak polis, aku bagi kerjasama penuh kepada polis. Kejadian berlaku hari Ahad. Dua hari aku tanya kepada polis aku nak kena tahan ke, tapi polis kata tak,” dakwanya lagi.

Uzair memaklumkan, selepas kematian seorang mangsa dilaporkan, dia kemudian ditahan pihak polis.

“Pada hari aku ditahan, aku berada di kampung rumah mentua aku. Sebab aku hantar anak bini balik sana. Aku rasa aku akan ditahan sebab itu lah aku hantar anak bini balik kampung mentua aku,” katanya.

Lelaki itu juga mendakwa pernah melaporkan kejadian kera menceroboh kebun kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) sejak tahun 2021, namun mengatakan bahawa tiada tindakan dibuat.

“Bila jadi kes macami ni, habis semua agensi turun. Sangkar kera pun aku ada buat, tapi sini duduk ada 100 hingga 200 ekor kera. Pekebun tahulah macam mana nak hadap kera ni.

“Hari ni baru aku tergerak hati nak post video ni walaupun dah sebulan berlalu. Terlalu banyak benda tak betul orang dok bercerita. Aku berterima kasih kepada netizen yang ‘backup’ aku. Terima kasih kalian semua,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan pengguna Facebook, Uzair memberitahu dia mahu ‘melawan’ kes itu sehingga ke mahkamah.

“Lawan takkan nak biar. Kalau biar, buta ja aku kena ‘belayar’ pergi penjara. Selesai sahaja kes ni, saya akan jalan saman,” katanya.

Pada 10 Julai lalu Kosmo! melaporkan Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, yang kritikal selepas termakan makanan ringan disaluti racun tikus meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi.

Kemudian adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, pula dilaporkan meninggal dunia pukul 1.24 tengah hari pada 12 Julai.

Video:

 

Sumber: Kosmo, Facebook Uzair Shafawi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*