TAMPIL dengan imej bertindik pada bahagian hidung, penampilan pelakon Remy Ishak semasa menghadiri sidang media drama terbaharunya berjudul The Secret mengejutkan tetamu yang hadir.
Ketika ditemui media, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak memaklumkan cincin hidung tersebut adalah palsu dan ia digayakan sekadar suka-suka sahaja.

“Yang saya pakai ini hanyalah ‘septum ring’ palsu. Ia sekadar fesyen sahaja. Bagilah saya peluang nak cuba gaya baharu,” katanya kepada MH ketika ditemui di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, dia tidak kisah dengan kecaman daripada netizen meskipun dengan statusnya kini yang sudah bergelar bapa.
“Tindik hidung ni tipu tau… Ini cuma sekadar fesyen, bagilah peluang.
“Dulu tak boleh buat, nanti kena kecam sebab belum kahwin dan belum ada anak.
“Sekarang dah ada dua-dua tu, lantaklah kalau netizen nak kecam ke apa,” katanya kepada mStar.
Remy menjelaskan perkara itu semasa sidang media dan tayangan perdana drama The Secret di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Remy memberitahu dia dan isteri baru pulih selepas dijangkiti Influenza B pada bulan lalu.
Pelakon filem The Experts itu turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya iaitu Tuah Alam tidak dijangkiti penyakit berkenaan.
Sumber: MStar

Leave a Reply