“Noah Pimpin Bacaan Yassin..” – Keluarga Terbang Ke Jakarta Lawat Pus4ra Di Hari Lahir Ashraf Sinclair

Ibu kepada allahyarham pelakon Ashraf Sinclair, Dida Sinclair meluahkan rasa rindu apabila berkesempatan melawat pusara anak lelakinya itu di Jakarta pada hari ulang tahun kelahiran Ashraf.

Menerusi laman sosial Instagram, Dida atau nama sebenarnya Khadijah Abdul Rahman memuat naik foto ketika berada di pusara anaknya itu bersama seluruh ahli keluarga untuk tatapan umum.

“Al-fatihah untuk almarhum Ashraf. Umi dan daddy berada di sini bersempena hari ulang tahun kelahiran Ashraf. Noah memimpin bacaan surah Yassin, bersama seluruh keluarga tercinta di Jakarta.

“Umi tidak pernah terlepas membacakan doa untuk Ashraf ditempatkan ke dalam syurga. Amin,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khadijah Abdul Rahman (@dida_sinclair)


Di samping itu, isteri kepada Ashraf yang juga penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari turut berkongsi momen sedih tersebut di laman Instagram miliknya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan doa buat allahyarham.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)


Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada November 2008. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Sinclair yang kini berusia 12 tahun.

Pada 18 Februari tahun lalu, Ashraf, 41, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana serangan jantung.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*