“Tak Sabar Nak…” Rosnazirah berjaya diselamatkan dan dibawa pulang, sekali ini reaksi keluarganya

Tumpat: “Sejak malam tadi kami sekeluarga menerima Whatsapp dan panggilan bertalu-talu mengucapkan syukur atas maklumat Azi sudah ditemui,” kata kakak kepada ejen jualan kosmetik Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang diculik pada 13 September lalu.

Wanita itu berkata, walaupun mengetahui berita mengenai adiknya yang ditemui selamat di Thailand dan sudah dibawa pulang ke sini, mereka agak ragu-ragu selagi tidak dapat melihatnya di depan mata.

“Kami hanya mengetahui berita Azi sudah ditemui melalui panggilan telefon sanak-saudara dan rakan sahaja kerana ada disertakan sekali dengan kenyataan media Ketua Polis Negara.

“Tapi setakat ini kami belum lagi menerima maklumat secara rasmi berhubung perkara itu dan tidak tahu Azi diletakkan di mana jika benar dia sudah dibawa balik ke negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Wanita itu menyifatkan doa mereka dan seluruh rakyat Malaysia termakbul dengan penemuan adiknya itu kerana setiap hari hanya itu sahaja diharapkan.

Katanya, mereka kini hanya menunggu panggilan daripada pihak berkuasa sahaja untuk sebarang perkembangan dan tidak sabar untuk berjumpa dengan Azi selepas lebih dua minggu diculik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menerusi kenyataan media malam tadi memaklumkan ejen jualan itu, Rosnazirah berjaya diselamatkan.

Lokasi kedudukan m4ngsa berjaya dikesan hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan S1asatan Jen4yah (JSJ) Bukit Aman dan mangsa dibawa pulang ke negara ini semalam.

Dalam k3s itu juga seramai tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HARIAN METRO

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*