Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red memaklumkan kepada orang ramai yang dirinya kini sedang mencari pekerjaan.
Makluman itu, dimuat naik menerusi TikTok dan mendapat perhatian daripada warganet sehingga meraih lebih daripada 100K jumlah tontonan dalam masa 4 jam.
Menurutnya, dia dikatakan ingin mencari pekerjaan agar dapat menanggung anak-anaknya dan melunaskan hutang.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen memberikan idea untuk membuat live di TikTok untuk meraih pendapatan sementara ingin mencari kerja. Respon Datuk Red, dia memang seorang yang berkemahiran tinggi dalam bab-bab yang memperlukan percakapan di hadapan umum.

Dalam ramai-ramai yang memberikan idea dan cadangan peluang pekerjaan kepadanya di ruangan komen, ada yang mmemberi komen ‘usikan’ agar Datuk Red membuat content bersama isteri keduanya, Adira.
Bagaimanapun, Datuk Red memberikan respon yang positif dengan menyatakan penghargaan kepada netizen yang menulis komen sebegitu.

Sebagai rujukan, pergolakan rumah tangga di antara Datuk Red dengan dua isterinya menjadi perbualan hangat di media sosial baru-baru ini apabila kedua-dua isterinya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim dan Siti Adira binti Suhaimi telah memfailkan perceraian.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber: TikTok, Lobak Merah

Leave a Reply