Gembira Hannah Delisha jadi duka- “Dah sebulan bayi tak bernyawa dalam perut”

Gembira pelakon Hannah Delisha jadi duka, namun reda menerima takdir Ilahi meskipun hasratnya dan suami menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian selepas mengalami keguguran baru-baru ini.

Hannah Delisha berkata, sehingga kini dia masih belum dapat melupakan momen menerima berita gembira yang bertukar jadi duka apabila bayi yang dikandungnya selama 13 minggu sudah ‘tiada’.

Gembira Hannah Delisha jadi duka

PELAKON Hannah Delisha tidak menyedari dia mengalami keguguran kerana tidak menunjukkan sebarang simptom ketika kandungannya memasuki usia tiga bulan.

Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, menjelaskan keguguran dialaminya dikelasifikasikan sebagai ‘missed miscarriage’ dan hanya mengetahui janin dalam kandungannya sudah ‘tiada’ apabila melakukan imbasan di hospital.

“Waktu gugur itu bayu dalam kandungan saya berusia tiga bulan.

“Gugur tiada simptom, tiada keluar darah atau rasa sakit… Maksudnya keguguran terlepas atau missed miscarriage,” katanya.

Gembira Hannah Delisha jadi duka

Emosi Hannah Delisha tak menentu, sebulan janin tak bernyawa

Dedahnya, kesan kehilangan itu kata Hannah menyebabkan emosinya tidak menentu pada minggu pertama.

“Suami sangat gembira sampai berdiri nak tengok imbasan tapi apabila doktor membuat imbasan kali kedua, dia meminta maaf sebelum memberitahu janin sudah tiada degupan jantung.

“Peliknya, doktor menganggarkan kandungan saya sudah masuk usia 13 minggu tapi monitor menunjukkan saiz janin lapan minggu.

“Doktor menjangkakan bayi saya sudah meninggal dunia sejak minggu kelapan. Apa membuatkan saya down, rupanya sudah sebulan bayi saya sudah tidak bernyawa,” jelasnya.

Gembira Hannah Delisha jadi duka

Menurut Hannah lagi, andai dikurniakan rezeki untuk hamil sekali lagi, tentunya dia amat gembira dan mahu lebih berhati-hati termasuk menguruskan kerja dengan bijak dan tidak bergerak aktif.

Syukur suami beri sokongan

Dalam pada itu, Hannah meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, Imam Shah yang sentiasa memberi sokongan untuk menghadapi ujian tersebut.

“Saya berpantang juga. Sepatutnya dua minggu tetapi bila fikir balik, ‘tak boleh ni.’ (tuntutan kerja). Saya sempat buat seminggu saja. Tetapi masih berjaga dalam pemakanan. Hari ini hari ke-11.

“Imam sangat supportive, dia ada untuk saya. Imam sedih sebab dia tengok keadaan saya. Dia tak nak tengok saya lagi dalam kondisi seperti itu,”kongsinya.

Gembira Hannah Delisha jadi duka

Dalam hantaran tersebut, Hannah memaklumkan dia menangis bukan kerana tidak menerima ketentuan takdir, sebaliknya trauma mengenangkan saat menerima berita duka dan kesakitan menjalani prosedur cuci rahim.

Pelakon drama Mencintaimu Mr Photographer itu turut berharap agar wanita-wanita yang mengalami nasib yang sama seperti dirinya untuk terus kuat dan cekal dengan apa yang terjadi.

Sekadar info, Hanah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari 2021.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*