Selepas isu pemain bola sepak, Akhyar Rashid disamun, kini Faisal Halim pula menjadi sasaran khianat oleh individu yang hendak hancurkan karier bola sepaknya.

Kini, polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai ada kaitan dengan kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek berusia lingkungan 20-an.
“Suspek akan direman hari ini untuk membantu siasatan lanjut.
“Motif serangan juga masih dalam siasatan,” kata Hussein ketika dihubungi pada Isnin.
Tambahnya, polis setakat ini sudah mengambil kenyataan daripada tiga individu termasuk mangsa.
“Kita juga akan memanggil beberapa lagi saksi untuk merakam keterangan mereka hari ini,” katanya.
Terdahulu, dalam kejadian pada petang Ahad, Faisal mengalami luka teruk akibat disimbah asid oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah pasaraya di Damansara, Selangor.
Individu berkenaan yang bermotosikal juga sempat mengucapkan ‘good luck’ sebelum menyimbah asid kepada pemain pasukan Selangor FC itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar

Leave a Reply