Seorang calon SPM menangis kegembiraan selepas mengetahui dia berjaya mendapatkan gred A bagi matapelajaran Matematik.
Menerusi satu perkongsian di TikTok @psssebesta, pelajar yang bernama Muhammad Aqil Azhari seolah-olah tidak percaya dia melihat keputusan peperiksaan SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia miliknya.
Calon SPM menangis dapat A dalam Matematik
Pada video tersebut, individu yang mengambil rakaman itu mendekati Muhammad Aqil bertanya sama ada pelajar itu gembira melihat keputusannya.
Muhammad Aqil yang kelihatan sedikit terpinga-pinga menyatakan kegembiraannya sebelum kembali meneliti keputusan peperiksaannya bagi semua subjek.
Muhammad Aqil kemudian menjelaskan di ruangan komen, sebelum ini dia tidak pernah lulus matapelajaran tersebut sejak dari Tingkatan tiga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Muhammad Aqil disamping menyuarakan rasa terharu mereka.
Tahniah adik
Tumpang terharu
Tak sangka, tahniah adik
Dalam pada itu, ada juga warga maya yang berkongsi pengalaman sama yang mana sebelum ini turut menerima keputusan yang tidak dijangka.
Sama la, anak dulu pun tak pernah lulus
Anak pernah macam ni
Menerusi tinjaun ke akaun TikTok Muhammad Aqil, dia mengambil sembilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM dan memperoleh tiga A, satu A-, empat B dan satu subjek gagal.
Ikut terharu tengok adik-adik yang ambik keputusan ni nangis macam ni.
Sumber: TikTok @psssebesta & @keitauuminoe0

Leave a Reply