Ramai Dapat ‘A’ Subjek Spm Yang Diajar, Guru Terkejut, Pelajar Beri Hadiah Tv

Selalunya kita dengar yang cikgu akan janjikan ganjaran dan hadiah jika anak muridnya berjaya memperoleh markah cemerlang dalam peperiksaan, tapi lain pula dengan situasi ini.

Seperti yang kita sedia maklum, kelmarin adalah hari yang dinantikan oleh semua calon SPM 2023 yang mana keputusan bagi peperiksaan itu dikeluarkan. Ia termasuklah pelajar kepada guru, Izz Huznie Idraqie yang juga menantikan keputusan tersebut.

Kejutan buat guru

Menerusi hantaran di TikTok milik izzhuznie, dia memberitahu hadiah tersebut adalah kejutan daripada murid-murid yang diajarnya di sekolah memandangkan mereka tahu bahawa televisyen di rumah gurunya sudah hampir rosak.

“Kejutannnn! Tuwdiaaaa depa tau tv umah sir nyawa nyawa ikan! Sekali nahhhhhhh bawak mai sungguh ! Tahniah untk A landksp&nurseri!! Tq for TV” tulisnya.

@izzhuznie Kejutannnn! Tuwdiaaaa depa tau tv umah sir nyawa nyawa ikan! Sekali nahhhhhhh bawak mai sungguh ! Tahniah untk A landksp&nurseri!! Tq for TV #tv#pov#fyp#hadiah#gawai#tiktokcikgu#happygawai#erasarawak#fypppp ♬ original sound – Izz huznie idraqie

Anak murid pakat hadiahkan TV sebab ramai dapat A

Difahamkan, guru muda tersebut mengajar subjek landskap dan nurseri di sekolah dan turut berkongsi keputusan para pelajarnya yang boleh dikatakan agak cemerlang apabila 14 orang mendapat A dalam matapelajaran tersebut sewaktu SPM.

Lebih membanggakan, gred purata untuk batch 2006 pada SPM tahun ini adalah 1.89 dan ini merupakan tahun pertama dia mengajar subjek tersebut.

Anak murid pakat hadiahkan TV, ramai puji tindakan hargai guru

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tumpang gembira melihat keakraban murid dan guru dimana masing-masing tetap berhubung baik walaupun di luar waktu persekolahan.

Ada juga yang berseloroh mengatakan tujuan para pelajar itu membelikan guru mereka televisyen baru ada agenda tersendiri iaitu mahu bersama-sama bermain game di rumah guru terbabit.

Apa-apa pun, tahniah buat semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang membanggakan dan semoga mereka terus menjadi insan berguna di masa hadapan.

Sumber: TikTok izzhuznie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*