“Setiap saat kami diselubungi ketakutan. Tiada visa haji, gelang dan pasport menyebabkan hidup kami bagaikan pelarian,” kata mangsa haji yang terkandas di Makkah dikenali sebagai Mohammad.
Mohammad, 60, dari Nilai, Negeri Sembilan berkata, sebelum ini dia sempat mengerjakan umrah bersama isteri yang mahu dikenali sebagai Ju, 58, dan selepas gagal mendapat visa haji, mereka menyatakan hasrat kepada agensi pelancongan yang membawa mereka ke sana untuk membatalkan niat mengerjakan haji dan mahu pulang ke tanah air.
Mohammad dan Ju adalah pasangan suami isteri yang pernah dilaporkan akhbar terkandas di Mekah akibat masalah berkaitan visa pelancongan untuk mengerjakan haji.
Selepas sebulan terkandas di tanah suci, mereka akhirnya dapat pulang ke Malaysia hasil bantuan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah selain kos ditanggung sepenuhnya agensi pelancongan (TA) mereka.
Anak perempuan pasangan itu, Ena, 33, ketika ditemui berkata, dia sekeluarga berada sangat lega dan bersyukur kerana akhirnya ibu bapanya dapat pulang ke tanah air.
Mereka hanya makan mi segera sahaja dalam bilik hotel
“Sebelum ini, saya sekeluarga tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan mereka ketika terkandas hampir sebulan di tanah suci itu. Mereka hidup dalam ketakutan dan tidak keluar dari bilik.
“Mereka hanya makan mi segera sahaja dalam bilik hotel. Malah, orang ketuk pintu pun mereka tudak respon sebab mereka tidak ada pasport, tidak ada gelang, tidak ada apa-apa, sampai mereka kata rasa seperti pelarian,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Kosmo

Leave a Reply