HARGA durian yang agak mahal menyebabkan segelintir individu tidak mampu untuk menikmati raja buah itu.
Menurut perkongsian kisah di TikTok, wanita dikenali sebagai Damiana Jun, dia bertemu kanak-kanak itu ketika datang membeli durian dengan suaminya.

Netizen memuji sikap pemurah yang dipamerkan wanita itu.
“Masa aku dengan suami tengah pilih durian, mereka berdua datang. Aku tengok mereka bercakap sambil kira duit seringgit-seringgit dalam poket.
“Terdetik dalam hati, mereka ni nak beli durian ke? Mana cukup duit banyak tu nak beli durian. Rupanya mereka nak beli durian reject yang dah kuning dan pecah kat tepi bakul tu.
“Aku tengok durian tu memang sesuai untuk buat tempoyak je. Tak sedap dah nak makan,” ujarnya memulakan cerita.
Sungguh, aku rasa lega dapat belikan durian baharu untuk mereka walau sebiji.
DAMIANA JUN
Menurut wanita itu, dia melihat dua kanak-kanak itu keriangan kerana mampu membeli sebiji durian.
Namun sebagai wanita yang bergelar ibu, Damiana berkata hatinya sebak melihat dua kanak-kanak itu.
Akhirnya, dia membeli sebiji lagi durian dan menghadiahkan kepada mereka.
“Gembiranya mereka dapat beli sebiji walaupun buah durian reject je. Berlari bawa durian tu ke bawah pokok dan makan. Tengok mereka teringat anak-anak aku, hampir sebaya.
“Tak sampai hati, aku pun beli durian baharu untuk mereka. Aku tengok durian reject tadi dah habis pun mereka makan. Sambil cakap dengan aku pun masih jilat jari lagi. Aku tanya sedap ke durian awak makan tadi? Mereka angguk.
“Aku cakap ni aunty beli lagi satu untuk awak berdua. Makan ya. Mereka cakap terima kasih. Alhamdulillah. Sungguh, aku rasa lega dapat belikan durian baharu untuk mereka walau sebiji,” tulis wanita itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStarzs

Leave a Reply