POLIS sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hilang sejak Sabtu di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kanak-kanak berambut panjang itu kali terakhir dilihat memakai kemeja-T Mickey Mouse berwarna putih.
Kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120 sentimeter (sm).
“Bapanya menyedari dia hilang kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu.
“Kami menggesa mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak itu supaya menghubungi Inspektor Abd Hadi di talian 017-7051097,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, gambar kanak-kanak itu yang dikatakan berada di Pesta Bon Odori tular di media sosial.
Difahamkan, ibu bapa mangsa merupakan antara peniaga yang menyertai festival itu.
Dia dikatakan bermain berhampiran gerai sebelum hilang.
Difahamkan juga polis telah mengerahkan Unit K9 untuk mencari gadis itu di tempat kejadian.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar

Leave a Reply