Kerjaya Bekas Suami Berkembang Selepas Kahwini Lufya. Tuntutan Mutaah Rm1 Juta Munasabah!

LEBIH setahun berlarutan, pelakon Lufya Omar terus mengharapkan keputusan terbaik dalam tuntutan mutaah terhadap bekas suaminya iaitu Dr Che Hafiz.

Bagi Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 39, tuntutan berjumlah RM1 juta yang dibuat sebelum ini adalah sebagai menghargai pengorbanannya ketika mereka masih bergelar suami isteri.

“Saya harap mahkamah dapat membuat keputusan mutaah yang munasabah atas pengorbanan saya selama ini.

lufya 2

Kes tuntutan mutaah melibatkan Lufya dan bekas suami masih belum selesai.

“Selepas berkahwin saya perlahankan kerjaya seni demi menjaga suami,” katanya ketika dihubungi mStar.

Lufya dan Dr Che Hafiz atau Che Muhammad Hafiz Che Baharum hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Rabu bagi perbicaraan kes berkenaan.

Pada perbicaraan itu, Dr Che Hafiz selaku defendan kes memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Peguam syarie yang mewakili Lufya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memberitahu pada perbicaraan itu antara perkara yang dibangkitkan adalah tentang sumbangan Lufya terhadap karier defendan.

“Dalam sesi hari ini antara yang dibangkitkan adalah sumbangan Lufya terhadap kerjaya bekas suami. Dia menjadi terkenal disebabkan berkahwin dengan Lufya.

“Jika tiada Lufya, nama tidak melonjak naik dan kerjayanya tidak berkembang,” ujarnya.

Dia menjadi terkenal disebabkan berkahwin dengan Lufya

FAKHRUL AZMAN ABU HASSAN

PEGUAM SYARIE

Prosiding yang berlangsung di hadapan hakim syarie Salehan Yatim itu disambung bicara pada 6 November depan.

Lufya memfailkan tuntutan mutaah terhadap Dr Che Hafiz pada Oktober 2022.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020.

lufya 3

Lufya bersama peguam mewakilinya.

Mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Laan Haura, yang kini berusia 7 tahun.

Dr Che Hafiz kemudian berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*