
Hampir 8 bulan keluarga menantikan kepulangan Cikgu Istiqomah, khabar duka mengenai pemergian beliau telah pun disahkan oleh rakan pendidik di media sosial.
Menerusi tinjauan ke beberapa akaun Facebook, mereka semua menzahirkan rasa hiba dan menyampaikan salam takziah buat keluarga Allahyarhamah.



Berikut kronologi dikongsikan ahli keluarga di laman sosial dan portal berita tempatan:
1-Cikgu Istiqomah yang mempunyai ketinggian 164 sentimeter dan berat 57 kilogram hilang sejak 26 Disember, kira-kira jam 8 pagi.
2-Namun, kereta ibu kepada tiga cahaya mata itu telah dijumpai sekitar area Lotus Kota Masai pada 27 Disember sekitar jam 2 petang bersama kunci. Bagaimanapun Cikgu Istiqomah sendiri tidak kelihatan.
3-Yusni memaklumkan pihak keluarga membuat laporan polis.
4-Beliau juga memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi pasaraya itu atau Eco Tropics pada 26 Disember sekitar 10.30 pagi hingga 11 pagi menghubunginya mendapatkan rakaman video dashcam.
“Minta jasa baik semua, viralkan kes ini sehingga dijumpai atau dipulangkan ke pangkuan keluarga. Semoga usaha dan doa kalian dapat membantu keluarga kami, aamiin.” – Yusni.
5-Sementara itu, portal berita tempatan melaporkan suami Cikgu Istiqomah, Mohd Yusof Mokhtar, 35, setia menunggu kepulangan isterinya yang tercinta.
6-Mohd Yusof yang bertugas sebagai juruteknik berikhtiar pelbagai cara dalam pencarian isterinya termasuk mendapatkan khidmat pakar perubatan Islam.

7-Melalui seorang ustaz yang ditemui, beliau dimaklumkan isterinya memang mahu pulang, tetapi mempunyai halangan iaitu seperti ada ‘seseorang’ yang memegangnya.
8-Mengetahui isterinya masih di dalam negara, Mohd Yusof berharap individu berkenaan lembut hati melepaskan dan memulangkan wanita itu kembali kepada keluarga.
9-Mohd Yusof berkata, anak sulung mereka berusia sembilan tahun sudah memahami kehilangan ibu mereka dan kerap termenung memberitahu rindu akan wanita itu.
10-Difahamkan dua lagi anaknya yang berusia empat dan enam tahun masih belum mengerti dan menganggap ibu mereka yang bekerja sebagai seorang guru, keluar ke sekolah.
11-Kata Mohd Yusof, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya yang menjadi lokasi kereta Cikgu Istiqomah ditemui, kelihatan seorang lelaki keluar daripada kenderaan itu namun kelibat isterinya tidak kelihatan.
12-Mohd Yusof mengakui tidak mengenali lelaki itu yang seolah menutup wajahnya sehingga sukar dilihat.
13-Katanya lagi, pada hari kejadian, beliau keluar bekerja pada jam 6.30 pagi dan keadaan di rumah ketika itu seperti biasa.
14-Difahamkan ketika itu cuti sekolah dan Cikgu Istiqomah tidak bekerja.
“Pagi itu, saya keluar kerja macam biasa, saya dan isteri juga tiada masalah. Kami bersalaman seperti biasa.” – Suami
15-Bagaimanapun, ketika pulang ke rumah pada pukul 6 petang, Cikgu Istiqomah didapati tiada di rumah sedangkan isterinya itu tidak ada memberitahu akan ke mana-mana. Apabila bertanya kepada anak saya, mereka berkata guru wanita itu ke sekolah.
16-Mohd Yusof segera mencari Cikgu Istiqomah di sekolah namun pengawal keselamatan sekolah maklumkan isterinya tidak ada ke sana.
17-Beliau juga menghantar mesej kepada Cikgu Istiqomah menerusi aplikasi WhatsApp namun mesej tersebut itu tidak sampai.
18-Mohd Yusof berkata tiga hari pertama selepas hilang, ‘Cikgu Istiqomah’ ada menghantar mesej tetapi ayat-ayatnya tidak seperti ditulis beliau. Malah lelaki itu juga memaklumkan selepas mesej dihantar telefon bimbit milik isteirnya seperti ditutup.
19-Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan tentang laporan kehilangan wanita itu yang diterima pada 27 Disember 2023 pada jam 12.36 tengah malam.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit :Astro Awani

Leave a Reply