“Baliklah Afham” – Masih Belum Ditemui, Bapa Laung Azan Cari Penyanyi Hilang

Kehilangan penyanyi juga YouTuber, Nidza Afham, sejak semalam masih belum menunjukkan petanda positif.

Bagaimanapun, ahli keluarga tidak putus semangat dan masih meneruskan pencarian di sekitar lokasi terakhir keberadaan Nidza Afham di sekitar jambatan Sungai Klang.

Difahamkan, keluarga penyanyi itu mendapat sedikit petunjuk apabila terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar jambatan tersebut.

“Sekarang kami bersama pihak polis sedang memeriksa rakaman CCTV di kawasan berdekatan.”


“Baliklah Afham”

Terbaharu, salah seorang keluarganya, Efahanie berkongsi rakaman video bapa mereka iaitu Mokhtar Mahmud sedang melaungkan azan di sekitar Sungai Klang.

Efahanie menerusi satu hantaran di platform X memberitahu mereka masih lagi ikhtiar mencarinya dan berharap Nidza Afham akan pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga.

“Ikhtiar terus demimu. Baliklah Afham,” tulisnya.

 

Nidza Afham dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada malam Selasa.

Kehilangannya mula disedari teman wanitanya selepas dia tidak membalas mesej serta menjawab panggilan telefon.

Turut disertakan dalam Instagram Aufahanie termasuklah tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga kali terakhir pada pukul 9.04 malam sebelum hilang sehingga kini. Laporan polis juga telah dibuat pihak keluarga di Balai Polis Klang.

Allahu, sebak min tengok… Semoga Nidza Afham kembali selamat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*