Julai lalu, Malaysia sempat dikejutkan dengan berita dua orang kanak-kanak berusia 2 dan 3 tahun termakan keropok mengandungi racun tikus yang diletakkan pada pagar sebuah kawasan kebun. Bagaimanapun setelah lebih sebulan berlalu, pekebun, Encik Uzair Shafawi yang sebelum ini pernah ditahan reman tampil mendedahkan kejadian sebenar kepada semua.
Pekebun mendakwa dirinya dianiaya
Uzair Shafawi menerusi hantaran Facebook memuat naik satu video berserta penjelasannya yang didakwa berkait dengan kes tersebut.
Kalau ikut kehendak aku, aku nak saman ja tok kepada budak-budak ni
Jelas Encik Uzair, sebenarnya keropok berkenaan bukanlah diletakkan berhampiran jalan besar atau terlalu dekat dengan rumah penduduk lain.
Berdasarkan rakaman terperinci yang dipaparkan, lokasi menghala kebun pisang berkenaan terletak di kawasan hutan sunyi.
Bukan Encik Uzair seorang, malahan kebun-kebun di situ turut dimiliki oleh ramai pekebun lain. Entah bagaimana, ahli keluarga 2 beradik itu telah memutar belit cerita sehingga Uzair difitnah seterusnya ditahan oleh polis selama 8 hari untuk disiasat lanjut.
“Akulah si pekebun yang ditahan itu. Aku duduk dalam (lokap) lapan hari, buta sahaja kena duduk dalam. Memang naya sahaja aku kena.
“Cerita sebenarnya macam ini. Keropok itudiletakkan di atas pagar tingginya empat kaki setengah. Tak logik akal untuk budak umur dua, tiga tahun ambil.
“Keropok itu bukan duduk dalam pagar tepi jalan, tapi dalam pagar bersebelahan hutan laluan kera masuk ke tempat tanaman pisang yang aku buat. Orang kampung dekat sini pun ada yang buat keropok sama dan gantung di pokok,” dakwanya.
Uzair mendakwa, selepas kejadian itu, dia berada di rumah dan tidak pernah melarikan diri.
“Yang datang rumah aku adalah pihak polis. Bagi aku pihak polis memang terbaik. Aku difitnah. Kalau ikut kehendak aku, aku nak saman sahaja.
Sumber: Kosmo, Facebook Uzair Shafawi

Leave a Reply