
Sudah umum maklum, dua peserta Big Stage 2019, Syada Amzah dan Chaleeda Gilbert diumumkan tersingkir daripada program tersebut manakala 8 peserta lagi berjaya teruskan ke minggu ke enam.
Nasib tidak menyebelahi mereka apabila memperoleh markah terendah sekaligus tidak melayakkan mereka untuk terus bersaing dalam rancangan tersebut.
Namun begitu, Chaleeda tetap positif dengan keputusan tersebut dan menyuarakan rasa berterima kasih kepada semua penyokong dan peminat yang mengundi sepanjang berada di dalam platform tersebut.
“Jujurnya saya rasa terharu atas sokongan yang diberi oleh peminat selama beberapa minggu ini. Cuma kali ini nasib tidak menyebelahi saya. Apa pun saya terima dengan hati terbuka atas segala keputusan kerana sememangnya rakan-rakan yang lain layak untuk terus bersaing.”
“Sepanjang minggu harapan peminat untuk lihat saya berjaya di dalam platform ini sangat kuat, mengharapkan saya ada peningkatan dan sebagainya. Saya hargai sokongan tersebut meskipun saya jangka saya akan tersingkir lebih awal..”
“Akan tetapi bagi saya Adzrin patut meneruskan saingan. Saya bangga dengan apa yang telah dilakukannya termasuk rakan-rakan seperjuangan yang lain.”
Dalam perkembangan lain, gadis yang berasal dari Thailand itu bakal melancarkan single terbaru dalam Bahasa Melayu dan juga ingin melibatkan diri dalam bidang lakonan.
Sumber: Instagram Chaleeda, Astro Gempak
Leave a Reply