
Setiap perkembangan anak kita pasti amat menerujakan terutama sekali kepada wanita yang baru bergelar ibu.
Begitu juga dengan penyanyi, Shila Amzah yang dilihat gemar berkongsi cerita mengenai cahaya mata sulungnya, Seth Uwais.
Terbaharu, Shila menanyakan mengenai pusaran rambut di bahagian depan anak nya di salah satu entri Instagramnya.
“Apalah maksud pusar kat betul2 depan kepala ni? 😂 @sethuwais. Ada tak baby Korang yang pusar dia kat tempat lain selain dari tgh2 kepala?”, tulisnya.
Rata-rata peminat memberi komen dan pandangan kepada soalan Shila. Malah, ada juga yang memberi nasihat agar tidak mempercayai perkara yang bukan-bukan sebaliknya berdoa agar Seth membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh.
Untuk rekod, Shila telah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 dan melahirkan cahaya mata pertama 31 Ogos lalu.
Sumber: Instagram Shila Amzah
Leave a Reply