“Peserta lain boleh mengambil contoh persembahan Han-Byul..” Dato Siti puji persembahan Han-Byul dalam Big Stage

Rentak persaingan dalam Big Stage semakin hangat dari minggu ke minggu. Setiap peserta gigih berusaha mempersembahkan yang terbaik untuk juri-juri dan peminat.

Justeru, penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza memberi beberapa tips kepada para peserta untuk lebih menghayati nyanyian dan lirik secara baik.

“Peserta lain mungkin boleh mengambil contoh persembahan Han-Byul dalam membuat persembahan. Tak semestinya lagu sedih kita hanya perlu berdiri kaku di situ, kita boleh bergerak ke kiri dan kanan juga.”

 

“Akan tetapi jangan sampai menggangu fokus pada penghayatan lagu dan persembahan. Sebab itu lah, setiap kali anda diberi tugasan untuk persembahkan nyanyian, ambil lagu dan lirik seterusnya hayatinya.”

 

 

View this post on Instagram

 

Big Stage minggu ke-5. @cakra.khan @yusryabdhalim

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Ambil lirik dan ambil tahu masa yang sesuai untuk bergerak, barulah cantik. Bagaimanapun tidak mengapa kerana anda semua dalam proses belajar.”

Tambahnya lagi, itu antara tips yang selalu diguna pakai oleh nya untuk membuat persembahan.

Dato Siti Nurhaliza ialah juri tetap bersama Ckra Khan. Manakala hos pula kekal diacarakan oleh hos sama Big Stage 1 iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Sumber: Instagram Dato Siti, Astro GEMPAK

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*