
Jika sebut nama Bonda Rozita, pastinya ramai yang mengenali beliau sebagai ibu kepada jutawan Dto Aliff Syukri dan juga merupakan pengasas bagi produk Jamu Ratu Muda.
Bonda Rozita sememangnya amat disenanagi ramai kerana budi pekerti dan sikap merendah diri beliau. Selain itu, beliau juga mempunyai sebuah rumah yang dinamakan sebagai ‘Rumah Hutan’.
Terbaru, Bonda Rozita telah berkongsi video gelagat pembantunya yang dikenali sebagai Odah yang sangat teruja apabila dapat bertemu dengan komposer dan penyanyi terkenal, Hael Husaini.
“Tak payah hantaran pun xpa hael …!! Selamba betul si Odah memang penceria keadaan dgn sikap slumbernya.. menjadi perhatian pada siapa saja yg ada di sebelahnya.. @haelhusaini pun sempat di usiknya lagi”, tulisnya.
Difahamkan, Hael telah dijemput untuk meraikan satu majlis anjuran Bonda Rozita dan Odah sendiri yang mencadangkan agar menjemput Hael sebagai artis jemputan.
Rata-rata netizen meninggalkan komen dan terhibur dengan telatah odah yang selamba!
Sumber: Instagram Bonda Rozita
Leave a Reply