
Nama Dato Nicol Ann David tidak perlu diperkenalkan lagi. Ratu squash itu bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi di serata dunia.
Pencapaian beliau dalam arena sukan squash telah mengangkat nama Malaysia di mata dunia. Menjadi pemain wanita Asia pertama di tangga nombor 1 di dunia, beliau semestinya menjadi idol dan contoh kepada ramai peminat di luar sana.
Terbaru, Dato Nicol Ann David telah berjaya memegang Ijazah Kedoktoran Sains Sukan dari Universiti Sains Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau di laman Instagram miliknya semalam.
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas kejayaan Dato Nicol Ann David.
Untuk rekod, Dato Nicol Ann David ialah pemain squash pertama yang memenangi Kejohanan Squashy Junior Sedunia sebanyak dua kali.
Selain itu, Dato Nicol juga telah tujuh kali memenangi Kejohanan Squashy Asia iaitu pada tahun 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2018 dan tahun 2010.
Sumber: Instagram Dato Nicol Ann David
Leave a Reply