
Persahabatan antara dua pereka fesyen terkenal Malaysia bukanlah dibina dalam tempoh yang singkat. Hampir 17 tahun menjalinkan persahabatan sehingga melonjakkan nama jenama mereka, Rizman Ruzaini sebagai pereka fesyen yang terkenal.
Khidmat Rizman Ruzaini dalam mereka dan menata rias pakaian bukan sahaja terkenal di kalangan artis-artis malah juga terkenal di kalangan golongan kerabat diraja dan juga negara jiran.
Dengan itu, di majlis resepsi rakan baiknya, Ruzaini bukan sahaja memberi ucapan yang sangat menyentuh hati yang hadir, malah mempertontonkan sebuah video persahabatan yang terjalin sekian lama antara mereka berdua.
“A brother is someone who knows there’s something wrong even when you have the biggest smile on your face… @rizman.n “
Video tersebut mengandungi gambar-gambar ketika masih di zaman kolej dan kenangan-kenangan mereka selama perkenalan.
Rakaman video tersebut juga telah dokongsi oleh para artis dan tetamu jemputan yang jelas tersentuh dengan isi kandungan dan maksud yang ingin disampaikan oleh Ruzaini kepada Rizman.
View this post on Instagram
Salam ukhuwah, bersama adik lelaki dan perempuan saya…kedua-duannya saya sayang ❤️
Sekadar imbasan, Rizman telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati, Nurida Suraya pada 13 September 2019.
Manakala Ruzaini pula telah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Hidayati sejak tahun 2016.
Sumber: Instagram Jamil Ruzaini
Leave a Reply