
Ibu mana yang tidak gembira jika anak yang selama ini berada dalam keadaan yang menyayat hati akhirnya mampu membesar seperti kanak-kanak lain.
Begitu juga dengan ibu adik Ainul Mardhiah., Nurul Erwani Zaidi telah berkongsi berita yang menggembirakan tentang anak nya.
Menerusi laman Instagram miliknya., Nurul Erwani berkongsi sebuah video dan menyatakan bahawa gigi Ainul sudah mulai tumbuh dan perkara itu membuat dia teruja.
“Masih setia bermain bersama mainan kesukaannya. Dannn Yeahhh gigi Ainul dah tumbuh sebatang. Cantik! Alhamdulillah syukur.
Terima kasih semua doakan untuk Ainul. Jangan lupa doakan untuk orang lain juga yaa. Semoga semua sentiasa dirahmati oleh Allah SWT sentiasa🥰”, tulis Nurul pada entri tersebut.
Sekadar imbasan, adik Ainul telah diterbangkan ke London unruk membuang ketumbuhan pada mulutnya di bawah jagaan Doktor Nur Amalina Che Bakri.
Setelah hampir lima jam melalui pemb3dahan dan dipantau selama lebih dua bulan, adik Ainul akhirnya kembali ke Malaysia dengan keadaan yang lebih sihat.
Kisah adik Ainul telah mendapat liputan yang luas dan mendapat perhatian rakyat Malaysia dan juga media semasa yang prihatin dengan nasib yang dialaminya.
Sumber: Instagram Nurul Erwani Zaidi
Leave a Reply