Umum maklum, bekas personaliti televisyen Azrinaz Mazhar telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 15 September lepas.
Majlis tahnik telah diadakan pada hari Jumaat lepas untuk bayi perempuan Azrinaz yang diberi nama Areesya Malykha. Majlis tersebut diadakan di kediaman meraka dan telah disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin.
Azrinaz telah berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya semalam.
“Alhamdulilah, mengambil berkat penghulu segala hari, Jumaat lepas Areesya Malaykha telah ditahnik kan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin dibantu oleh Ustaz Mohd Hafeez di kediaman kami
Tahnik merupakan amalan sunnah yang dituntut dengan menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi bersama air zam-zam dan madu. Tujuannya agar bayi terlatih mengunyah makanan dan menguatkannya untuk makan
Dari Abu Musa beliau berkata, “(Suatu ketika) aku memiliki anak yang baru lahir, kemudian aku mendatangi Nabi SAW, kemudian baginda memberi nama padanya dan baginda mentahnik dengan sebutir kurma.” [Riwayat Imam Muslim]
Sesungguhnya saya dan suami telah lama menanti dan merindui kehadiran zuriat darah daging sebagai penerus jasa, penyeri hidup kami sekeluarga
Menjadi harapan kami agar Areesya Malaykha menjadi seorang anak yang solehah, sehat tubuh badan, pandai berbicara dan berkata-kata (macam mommy 😉) dan menjadi insan berguna di dunia dan akhirat..”, tulisnya panjang lebar.
Sekadar imbasan, Azrinaz dan suami telah berkawan rapat di satu tempat kerja bersama-sama sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2018.
Sumber: Instagram Azrinaz Mazhar
Leave a Reply